Harian Metro

CELARU IDENTITI

- Agensi

„ Penyokong tegar Trump ditahan hantar 14 bom paip kepada

pengkritik presiden termasuk Obama, Clinton

Seorang penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, didakwa atas 14 tuduhan kerana menghantar bom paip kepada pengkritik pemimpin itu termasuk Barack Obama, Hillary Clinton malah bintang filem Robert de Niro.

Cesar Altier Sayoc, 56, ditahan pagi kelmarin kini berdepan hukuman penjara 48 tahun, lapor Reuters.

Daily Mail melaporkan bekas penari bogel itu mempunyai rekod jenayah sehingga hampir 30 tahun termasuk ditahan pada 2002 kerana mengancam meletupkan syarikat tenaga, Florida Power and Light.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman menunjukka­n penyiasat menggunaka­n tarpal untuk menutup van putih milik suspek yang dipenuhi pelekat termasuk yang bersifat haluan kanan melampau, sebelum kenderaan itu ditunda.

Tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab menghantar bom berkenaan yang diselar pihak berkuasa kepada perbuatan pengganas melalui pos. Kejadian berlaku kurang dua minggu menjelang pilihan raya kongres AS.

Sementara itu, peguam belanya Ronald Lowy memberitah­u CNN, Sayoc bermasalah emosi serta mental dan mengasingk­an diri daripada keluargany­a, sebelum mula meminati Trump, malah menganggap pemimpin itu lambang kebapaan.

Katanya, bapa Sayoc berbangsa Filipina, manakala ibunya Itali, namun suspek mengakui dia orang asli Amerika kerana cuba mewujudkan identiti baru untuk dirinya.

“Dia memang tidak mengenali realiti. Dia hidup dalam dunia fantasi. Jelas dia mempunyai penyakit mental.

“Kalau bercakap dengannya, tidak ubah seperti remaja berusia 15 tahun sedangkan jenayah ini nyata dilakukan penjenayah yang lebih sofistikat­ed. Saya tidak percaya dia mampu dari segi mental untuk mencipta bom berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Trump ketika mengecam penghantar­an semua letupan berkenaan dipetik berkata: “Keganasan politik tidak boleh dibenarkan sama sekali di AS dan saya akan melakukan segala yang terdaya untuk menghentik­annya.”

Ibu Sayoc dilaporkan mendapat tahu mengenai penangkapa­nnya apabila terjaga susulan pembedahan, beberapa jam selepas itu.

Daily Mail melaporkan bekas majikan Sayoc di sebuah restoran piza, Debra Gureghian berkata, lelaki itu mengaku terang-terangan sebagai ‘white supremacis­t’ (percaya bahawa cuma golongan kulit putih paling mulia) dan mahu ‘membersihk­an masyarakat.’

Sepupunya pula dipetik NBC News mendakwa Sayoc mempunyai masalah penggunaan steroid.

 ??  ?? GAMBAR van Sayoc yang dimuat naik ke media sosial sebelum ini. Kenderaan itu dirampas pihak berkuasa bagi membantu siasatan. - Daily Mail
GAMBAR van Sayoc yang dimuat naik ke media sosial sebelum ini. Kenderaan itu dirampas pihak berkuasa bagi membantu siasatan. - Daily Mail
 ??  ?? SAYOC ditahan untuk siasatan. - Daily Mail
SAYOC ditahan untuk siasatan. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia