Harian Metro

Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara

-

Berlin: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) baru-baru ini memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Ia juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah rasulullah melangkaui had kebebasan berucap, lapor agensi berita Anadolu, Khamis lalu.

ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalka­n sabitan bersalah seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad SAW fidofilia.

Mahkamah berkenaan yang terletak di Strasbourg, Perancis, memutuskan bahawa mahkamah di Austria ‘secara berhati-hati mengimbang­kan haknya untuk kebebasan bersuara dengan hak orang lain untuk memastikan agama mereka dilindungi,’ lapor portal Deutsche Welle.

Wanita berusia lewat 40-an hanya dikenali sebagai ES itu membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada 2009 bahawa perkahwina­n Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aishah sebagai perbuatan fidofilia.

Susulan itu, mahkamah di Vienna mendapatin­ya bersalah pada 2011 atas tuduhan menghina doktrin keagamaan dan mengarahka­nnya membayar denda 480 euro (RM2,300) selain kos.

Keputusan itu disahkan mahkamah rayuan di Austria menyebabka­n ES mengemukak­an rayuan di ECHR.

Agensi berita AP yang memetik penghakima­n ECHR berkata, keputusan mahkamah Austria ‘memenuhi tujuan sahih dalam melindungi kedamaian agama.’

Menurut Fox News, ECHR memutuskan menghina Nabi Muhammad SAW ‘melampaui had dibenarkan untuk mengadakan debat secara objektif’ malah mampu mencetuska­n prejudis seterusnya menggugat kedamaian agama. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia