Harian Metro

SILAP URUS ATLET

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kelalaian pengurusan pentadbira­n pasukan Perak punca utama atlet judo wanita negeri itu terbabit masalah doping ketika beraksi di temasya

Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 baru-baru ini.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abdul

Aziz memaklumka­n perkara itu sebenarnya boleh dielakkan sekiranya doktor yang bertanggun­gjawab menyediaka­n surat atau Pengecuali­an Penggunaan Terapeutik (TUE) kepada penganjur dan bagi memaklumka­n atlet berkenaan memerlukan rawatan radangan.

Ramlan yang ditemui pada

sidang media menjelaska­n perkara itu selepas Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Modal Insan negeri Perak, Howard Lee Chuan How menafikan atletnya terbabit dalam penyalahgu­naan bahan terlarang itu ketika di SUKMA.

“ADAMAS mengikut prosedur dan tatacara dalam agensi anti doping dan apabila makmal mengesan terdapat bahan terlarang secara automatik kes itu positif biarpun bahan itu dibenarkan jika dimaklumka­n melalui surat atau TUE.

“Ini adalah satu pengajaran buat semua kerana kes doping ini bukan perkara remeh dan pengumuman yang dibuat bukan niat untuk menjatuhka­n pihak yang terbabit,” katanya yang turut memuji tindakan pantas Howard melindungi atletnya ketika atlet negeri lain masih mendiamkan diri.

Ramlan bagaimanap­un memaklumka­n ADAMAS memberi jaminan segala urusan mengikut peraturan dan akan mencari fakta yang tepat supaya kes itu dapat diurus dengan adil dan saksama demi kepentinga­n atlet terbabit.

Malah tiada apa perlu dibimbangk­an kerana atlet itu berpeluang untuk terlepas daripada sebarang hukuman sekiranya berjaya membuktika­n dia tidak bersalah ketika sesi pendengara­n berlangsun­g.

Terdahulu seorang atlet wanita judo Perak berusia 21 tahun yang meraih pingat didapati positif bahan terlarang ‘triamcinol­one acetonide’.

Atlet berkenaan mendakwa mengambil mengikut dos dibenarkan ketika ujian dilakukan terhadapny­a menerusi kaedah suntikan pada kawasan sendi bagi mengurangk­an kesakitan di bahunya yang cedera.

Walaupun triamcinol­one adalah bahan larangan, namun menurut Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) suntikan pada kawasan sendi (intra-articular) adalah dibenarkan.

„ Kegagalan pengurusan judo

Perak jadi punca kes doping ADAMAS ikut prosedur setiap siasatan yang

dilakukan

Dr Ramlan

 ??  ??
 ??  ?? HOWARD
HOWARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia