Harian Metro

HUJAN TAK PADAM KEMERIAHAN

- Mohd Khairie Khalid, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Shah Alam

Lautan gabungan warna hitam kuning serta hitam putih mencipta pemandanga­n menarik apabila Stadium

Shah Alam dipenuhi penyokong Perak serta Terengganu.

Setakat jam 4.30 petang semalam, tiada sebarang insiden tidak diingini, sekali gus membuktika­n semangat kesukanan tinggi dimiliki penyokong The Bos Gaurus dan Penyu.

Saingan kedua-dua pasukan itu di atas padang langsung tidak menjejaska­n perpaduan penyokong masing-masing

malah mereka juga tidak berdepan masalah untuk bergambar bersama meskipun berlainan warna jersi.

Pelbagai aksi menarik dapat dilihat apabila penyokong mula memenuhi stadium dengan tidak kurang yang mengecat muka, memakai topi pelik serta pakaian yang

menggambar­kan identiti Perak serta Terengganu.

Hujan sejak jam 2.45 petang sama sekali tidak menjejaska­n kemeriahan final edisi ke-92 dan nyanyian lagu negeri masing-masing kedengaran sebaik dibenarkan masuk ke stadium, lima jam sebelum sepak mula.

Kali terakhir rakyat Terengganu menikmati kejayaan menjulang Piala Malaysia

adalah pada 17

„ Lautan penyokong Perak, Terengganu warnai Stadium Shah Alam

tahun lalu manakala Perak pula sudah memenangin­ya sebanyak tujuh kali namun kali terakhir mereka menduduki takhta selaku juara ialah pada 2000.

Perak dan Terengganu memiliki jutaan sebab untuk muncul juara dan justeru, final musim ini boleh dianggap sebagai menarik dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan masing-masing.

 ??  ?? ANTARA ragam penyokong kedua-dua pasukan sebelum perlawan akhir Piala Malaysia 2018, semalam.
ANTARA ragam penyokong kedua-dua pasukan sebelum perlawan akhir Piala Malaysia 2018, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? LAUTAN penyokong Terengganu dan Perak di dalam Stadium Shah Alam, semalam.
LAUTAN penyokong Terengganu dan Perak di dalam Stadium Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia