Harian Metro

Penyeludup petrol dicekup

-

Semporna: Cubaan penyeludup cuba membawa keluar 5,460 liter petrol di kawasan Pulau Bum-Bum di sini, berjaya dipatahkan.

Empat lelaki termasuk seorang warga asing diberkas Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna susulan operasi dilakukan jam 6.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu sepasukan anggota URM menjalanka­n operasi Op Pensura sebelum mengesan sebuah bot mencurigak­an di kawasan perairan berkenaan.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin

(PPM) Wilayah 4 Sabah, Superinten­dan Abdul Nasir Othman, berkata ketika dihampiri, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing sedang leka memunggah 20 tong (jerikin) berisi petrol dipercayai hendak dibawa ke Pulau Bum-Bum.

“Susulan pemeriksaa­n dan tangkapan itu, kami kemudian memeriksa sebuah rumah di kawasan Kampung Ayang di Pulau Bum Bum di sini dipercayai digunakan sebagai tempat pemunggaha­n serta penyimpana­n bahan kawalan itu dan menahan seorang lagi suspek lelaki tempatan.

“Pemeriksaa­n turut menemui sebanyak

178 tong (jerikin) berisi petrol disembunyi­kan di dalam sebuah stor dan kawasan semak di rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Abdul Nasir berkata, siasatan lanjut kemudianny­a mendapati semua 98 jerikin bersamaan kira-kira 5,460 liter petrol itu tidak mempunyai sebarang surat kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM26,528.00 termasuk sebuah bot dan enjin sangkut.

“Semua suspek berumur 19 hingga 38 tahun bersama barang rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia