Harian Metro

Pencuri kabel ditahan PERLUAS KHIDMAT KERETA API

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Samarahan, Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern berkata, anggota polis kemudianny­a membuat pemerhatia­n selama beberapa minit sebelum menghampir­i suspek sekitar jam 9 pagi.

Melihat kehadiran anggota polis, suspek yang bekerja sendiri cuba untuk meloloskan diri namun polis berjaya menahannya.

“Berlaku sedikit pergelutan dengan anggota polis. Namun suspek berjaya ditahan.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui peralatan pertukanga­n seperti pisau, pemutar skru dan pemotong wayar. Polis juga menemui 11 gulung wayar pelbagai jenis dipercayai dicuri suspek,” katanya.

Kerajaan Sabah sedang mengkaji untuk menaik taraf sistem perkhidmat­an kereta api termasuk memperluas­kannya ke daerah lain di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas­kan perkhidmat­an itu ke daerah utama lain di negeri ini.

“Perkhidmat­an kereta api itu, walaupun mahal, ia tidak perlu menjadi sangat canggih...kerana sistem kereta api yang ada tidak menghubung­kan beberapa bandar utama di negeri ini.

“Kita sedang mengkaji perkara ini dan saya meminta Kementeria­n Kerja Raya serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk merangka program dan rancangan itu untuk memastikan sistem pengangkut­an di Sabah bukan hanya bergantung kepada lebuh raya Pan Borneo saja,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Karnival Youngprene­urs Go! di sini, semalam.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata pada masa ini perkhidmat­an kereta api hanya membabitka­n laluan dari Kota Kinabalu ke Tenom sahaja.

“Kita tidak ada perkhidmat­an kereta api ke daerah lain. Justeru, kerajaan negeri merancang untuk memperluas­kan perkhidmat­an ini hingga ke Kudat, dan kita tidak memerlukan kereta api yang

„ Kerajaan Sabah buat kajian naik taraf sistem khidmat tren

pantas, apa yang penting dapat memenuhi keperluan rakyat.

“Kami mungkin tidak dapat melakukan sekarang kerana kekangan kewangan, tetapi mungkin dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang ia dapat direalisas­ikan,” katanya.

Mengenai program itu, Mohd Shafie menggalakk­an golongan muda untuk menceburi keusahawan­an untuk membantu mewujudkan peluang pekerjaan.

“Perniagaan dan perdaganga­n adalah komponen penting dan ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain ekonomi. Orang muda di negeri ini perlu mengambil kesempatan (perniagaan) kerana Sabah kaya dengan sumber,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shafie (tengah) ketika
melawat tapak pameran di Majlis Perasmian Karnival
Youngprene­urs, Go!.
MOHD Shafie (tengah) ketika melawat tapak pameran di Majlis Perasmian Karnival Youngprene­urs, Go!.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia