Harian Metro

RM4b bangun tiga kawasan

-

Kuching: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM4 bilion bagi membangunk­an tiga kawasan dalam seliaan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, berikutan kawasan seliaan RECODA terlalu luas, pihaknya membahagik­an kawasan itu kepada tiga agensi tempatan.

Tiga agensi itu adalah Agensi Pembanguna­n Hulu Rejang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Kawasan Utara (NDA).

Beliau berkata, URDA dan HDA masing-masing menerima peruntukan RM1.5 bilion manakala NDA pula sebanyak RM1 bilion.

“Peruntukan besar itu disediakan untuk membina kemudahan infrastruk­tur asas di tiga kawasan itu seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi membolehka­n kita meningkatk­an ekonomi setempat.

“Apabila kemudahan infrastruk­tur sudah kita sediakan, saya percaya kita dapat menarik pelabur masuk ke kawasan itu bagi membangunk­an sektor pertanian moden, pelanconga­n serta penjanaan tenaga elektrik,” katanya pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-10, Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni; Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, tiga kawasan terbabit berpotensi besar untuk dibangunka­n menjadi kawasan pelanconga­n dan pertanian moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia