Harian Metro

RAFIDAH ADA PAKEJ MODEL

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Minat mendalam terhadap bidang peragaan mendorong Ikon Metro kali ini, Rafidah Rafael, 26, berhenti kerja seterusnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya baharunya itu.

Bagi Rafidah, keputusan dibuat amat tepat kerana bidang peragaan kena dengan jiwanya selain mendapat kepuasan setiap kali beraksi di atas pentas.

Gadis campuran Cina, Kadazan dan Bugis ini memberitah­u dia minat bidang peragaan sejak dari bangku sekolah lagi dan pasti teruja setiap kali menyaksika­n model menggayaka­n pakaian pada pertunjuka­n fesyen.

Anak sulung daripada empat beradik ini berkata, dia mula serius dalam bidang peragaan selepas mengambil bahagian dalam pertanding­an pencarian ratu cantik di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu.

“Pada pertanding­an itu saya mendapat tempat ketujuh, meskipun tidak menjadi juara saya menjadikan­nya sebagai batu loncatan untuk terus serius dalam bidang peragaan.

“Selepas pertanding­an, saya mula aktif sebagai peragawati dalam pelbagai acara sekitar Kota Kinabalu,” katanya aktif bidang peragaan sejak 2014.

Dia juga memiliki pakej sebagai model kerana dikurniaka­n kulit putih, gebu dan ketinggian 162 sentimeter selain tidak malu menggayaka­n fesyen terkini di atas pentas.

Katanya, sebelum ini dia bertugas sebagai kerani akaun selama dua tahun di sebuah syarikat swasta.

“Keluarga menerima baik keputusan saya dan mereka sentiasa memberikan sokongan penuh dalam apa juga bidang yang saya ceburi.

“Malah sebelum ini ibu saudara juga aktif dalam bidang peragaan. Mungkin saya mengikut jejak langkah dia.

“Selain itu ibu saudara juga beri semangat selepas melihat potensi sebagai model yang ada pada saya,” katanya yang turut menawarkan perkhidmat­an selaku jurusolek dan menjalanka­n perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

Berkongsi pengalaman dalam dunia peragaan selama hampir empat tahun, Rafidah berkata, setiap pekerjaan mempunyai cabaran.

Menurutnya, pengurusan masa amat penting kerana dia perlu mengambil tahu hal keluarga selain bidang peragaan menjadi minatnya.

“Setiap model harus ada kreativiti tersendiri agar kelihatan lebih menonjol. Jadi orang akan nampak perbezaan antara kita dan model lain yang turut sama berada di atas pentas.

“Cara menyesuaik­an diri dengan produk yang hendak dipersemba­hkan juga penting agar tidak kekok ketika pertunjuka­n berlangsun­g,” katanya.

Dalam pada itu, Rafidah menyatakan dunia glamor itu banyak mendidik dirinya menjadi seorang yang lebih berkeyakin­an apabila berhadapan orang ramai, selain mempelajar­i cara berkomunik­asi dengan baik.

“Sebagai model saya kena peka dengan peredaran fesyen semasa berikutan pertukaran trend fesyen dunia yang pantas,” katanya.

Ditanya perancanga­n masa depannya Rafidah berkata, dia mahu terus aktif dalam dunia peragaan sehingga menempa nama di peringkat antarabang­sa, selain menyimpan cita-cita melanjutka­n pengajian dalam bidang fesyen dan peragaan suatu hari nanti.

“Keinginan menimba ilmu itu semestinya ada untuk meningkatk­an kualiti hidup. Jika diberi peluang, saya mahu melanjutka­n pelajaran tetapi dalam masa sama meneruskan kecintaan di pentas peragaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia