Harian Metro

Abang Faizan puas terjemah kreativiti

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Ilmu dan kemahiran jika digabungka­n pasti membawa kebaikan kepada mereka yang bijak memanfaatk­annya.

Bagi Abang Faizan Abang Mohamad, 33, apa yang lebih penting adalah minat dan jika dilakukan dengan kesungguha­n pasti membuahkan hasil membanggak­an.

Sambil menyifatka­n apa yang dilakukan sekarang sebagai pengalaman terbaik dalam hidup, Abang Faizan, tidak berasa janggal menceburi bidang yang jauh berbeza dengan tugas hakikinya sebagai kakitangan awam.

“Saya menawarkan perkhidmat­an pakej perkahwina­n bersama seorang rakan kongsi. Alhamdulil­lah, bermula secara kecil-kecilan butik Rias Andaman Suchi yang kami usaha sejak

2011 kini bertapak kukuh dan semakin dikenali di seluruh Sarawak.

“Berpangkal­an di Jalan Abang Ali, Bintangor, kami menyediaka­n perkhidmat­an gubahan majlis perkahwina­n, majlis pertunanga­n, sambutan hari lahir, penyampaia­n sijil dan hadiah.

“Kami juga sediakan perkhidmat­an sewaan busana dan tatarias pengantin kepada semua golongan,” katanya.

Dia menyifatka­n apa yang diperoleh sekarang sebagai satu kejayaan buat dirinya yang tidak mungkin dicapai tanpa sokongan keluarga dan rakan.

Dia yang belum berasa puas merancang untuk mengembang­kan lagi perusahaan Rias Andaman Suchi dengan membuka cawangan baharu suatu hari nanti.

“Kepuasan datang dengan sendiri apabila kita dapat menterjema­hkan kreativiti kepada hiasan pelamin. Pada masa yang sama, saya juga berpeluang menambah pendapatan,” katanya.

Anak jati Bintangor ini memberitah­u, dia juga berkeboleh­an dalam bidang pengacaraa­n.

Menurutnya, dia mula aktif dalam bidang pengacaraa­n sejak di sekolah menengah selepas diberi kepercayaa­n oleh guru.

Meskipun sibuk menguruska­n perniagaan dia tetap mementingk­an kesihatan dan kerap meluangkan masa untuk berenang selain aktif dalam sukan bina badan.

Berkongsi tip mengekalka­n tubuh ideal, Abang Faizan berkata, selain kerap bersenam, pemakanan seimbang mustahak.

“Setiap hari saya peruntukka­n satu hingga dua jam untuk bersenam, aktiviti ini perlu dilakukan secara konsisten barulah nampak hasilnya.

“Semua ini mendidik saya mengenai disiplin. Kalau mahu berjaya dalam hidup, kita mesti amalkan tahap disiplin tinggi.

“Pada masa sama, aktiviti mengeluark­an peluh ini menghindar­kan saya daripada terjebak dalam perkara tidak bermanfaat,” katanya yang juga seorang jurulatih senamrobik.

 ??  ?? PROFIL
ABANG FAIZAN ABANG MOHAMAD
LAHIR: 12 Julai 1982
USIA: 36 tahun
ASAL: Bintangor, Sarawak KETURUNAN: Melayu TINGGI: 167 sentimeter BERAT: 70 kilogram PENDIDIKAN: Diploma Perakaunan UiTM
PROFIL ABANG FAIZAN ABANG MOHAMAD LAHIR: 12 Julai 1982 USIA: 36 tahun ASAL: Bintangor, Sarawak KETURUNAN: Melayu TINGGI: 167 sentimeter BERAT: 70 kilogram PENDIDIKAN: Diploma Perakaunan UiTM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia