Harian Metro

GUNNERS BIDIK REKOD

- AFP

„ Emery gesa anak buahnya kekal prestasi cemerlang

untuk menentang Crystal Palace malam ini

Unai Emery menggesa pemain bintangnya supaya ‘cepat panas’ menjelang aksi berdepan Crystal Palace malam ini sekali gus memburu kemenangan ke-12 berturut-turut.

Pasukan bimbingan Emery meraih kemenangan ke-11 selepas jaringan lewat Danny Welbeck untuk membolehka­n mereka menumpaska­n Sporting Lisbon 1-0 pada Liga Europa, awal pagi kelmarin.

Kemenangan berterusan Arsenal ketika ini adalah prestasi terbaik mereka selepas 11 tahun tatkala mereka cuba untuk mengejar rekod kelab menang 14 kali berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Bagaimanap­un, untuk menyamai rekod itu, yang dilakukan oleh anak buah George Graham pada 1987, Gunners perlu memulakann­ya dengan meningkatk­an tempo dan tahap keinginan tinggi, jelas Emery.

Dalam beberapa perlawanan musim ini, Arsenal dilihat perlahan pada separuh masa pertama sebelum bangkit selepas rehat.

“Setiap perlawanan tetap mempunyai peluang untuk kami memperting­katkan prestasi dan salah satunya adalah perlawanan ini.

“Kami berbincang dalam bilik persalinan sebelum bermulanya aksi hari ini mengenai objektif kami.

“Bagaimanap­un, paling penting apabila kami berada dalam bilik persalinan ketika rehat, kami berbincang. Kami harus terus cuba mencari jalan penyelesai­an untuk beraksi lebih baik pada babak kedua,” kata Emery apabila ditanya mengenai permulaan yang lembap.

Masih terlalu awal untuk melabel Arsenal sebagai pesaing merebut kejuaraan, mereka kini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan dibezakan hanya dua mata berbanding pendahulu, Manchester City dan sekurang-kurangnya mampu untuk memburu kedudukan empat pasukan terbaik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WELBECK meraikan kemenangan mereka selepas menumpaska­n Lisbon 1-0 pada saingan Liga Europa.
WELBECK meraikan kemenangan mereka selepas menumpaska­n Lisbon 1-0 pada saingan Liga Europa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia