Harian Metro

SELADANG JULANG PIALA

Kebangkita­n saat akhir Bos Gaurus kecewakan Terengganu

- Mohd Khairie Khalid, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy muncul wira The Bos Gaurus apabila bekas penjaga gawang kebangsaan itu menyelamat­kan dua sepakan Terengganu ketika juara Piala Malaysia terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti 4-1 selepas terikat 3-3 sepanjang 120 minit permainan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Keputusan ini mengulangi kejayaan yang dilakar The Bos Gaurus pada 20 tahun lalu apabila menewaskan lawan sama juga menerusi sepakan penentuan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 pada final edisi 1998.

Kemenangan ini nyata begitu manis selepas skuad The Bos Gaurus itu terpaksa bangkit selepas ketinggala­n dua gol pada separuh masa pertama dan sekali lagi ketinggala­n pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.

Bagaimanap­un, dua kad merah yang dilayangka­n pengadil, Suresh Jayaraman masing masing satu kepada pemain TFC dan Perak serta mutu pengadilan­nya di pentas akhir yang boleh dipersoalk­an mencemari aksi berprestij itu.

Belum pun sempat panas, The Bos Gaurus dikejutkan menerusi kesilapan pertahanan, Mohd Idris Ahmad yang cuba menghantar bola ke belakang namun hanya perlahan, pantas disambar Tchetche Kipre yang kemudianny­a mudah menewaskan Mohd Hafizul Hakim untuk gol pembukaan seawal minit pertama.

Kontrovers­i tercetus apabila jaringan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 dibatalkan Suresh kerana pemain itu dikatakan mengasari Mohd Suffian.

Bagaikan ada yang tidak kena dengan Perak, kesilapan mudah sekali lagi memberikan gol percuma kepada Terengganu apabila Hafizul sekadar ‘menendang angin’ dan bola diambil oleh Kipre yang kemudianny­a menolak masuk ke arah gawang ternganga pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Perak kembali dengan semangat baharu dan perlawanan kembali terbuka apabila mereka berjaya mengurangk­an defisit seminit selepas rehat menerusi penyudah Mohd Firdaus Saiyadi.

Perlawanan bertukar hangat dengan cara yang tak sepatutnya pada minit ke-56 apabila pergaduhan tercetus sehingga menyaksika­n Gilmar dilayangka­n kad kuning kedua sekali gus diperintah­kan keluar padang sebelum Lee Tuck berdepan nasib sama pada minit ke-66.

Ketika TFC sudah berada di ambang kemenangan, Brendan Gan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriaka­n TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa tambahan namun skrip sama sekali lagi berulang apabila TFC memberikan talian hayat kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjuta­n sehingga sepakan penentuan penalti.

 ??  ??
 ??  ?? KIPRE (kiri) melepasi halangan pemain Perak pada final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
KIPRE (kiri) melepasi halangan pemain Perak pada final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia