Harian Metro

AYAT PAK CIK BIKIN LONGLAI

- Mahaizura Abd Malik dan Syazwan Msar am@hmetrocom.my

„ Dua gadis bawah umur terlanjur ditinggalk­an kekasih ‘tua’ selepas didapati hamil

Ampang

Berjanji bulan dan bintang sambil berikrar mahu menjaga hingga ke akhir hayat selain sanggup mengambil gadis terbabit sebagai isteri kedua.

Itu antara ‘ayat power’ digunakan lelaki berusia untuk menjerat gadis bawah umur sehingga mereka sanggup menyerahka­n tubuh kepada individu yang kononnya kekasih sejati.

Lebih malang lagi gadis yang rata-rata berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun itu mengetahui risiko akan ditinggalk­an atau dibiarkan terkontang-kanting selepas lelaki hidung belang terbabit mengetahui mereka hamil.

Trend terbaru itu menular dalam kalangan remaja pada masa kini dengan memilih lelaki berusia atas alasan lebih dihargai dan dilindungi biarpun individu berkenaan tidak berharta dan tiada pekerjaan tetap.

Rata-rata lelaki berkenaan berusia lingkungan 40 hingga 50-an malah boleh digelar datuk oleh gadis berkenaan berikutan jarak usia mereka terlalu jauh.

Antara yang terjerat dengan penangan ‘ayat power’ lelaki berusia ialah gadis dikenali sebagai Sarah, 17, yang baru saja melahirkan anak perempuan berusia empat bulan.

Sarah yang pada awalnya berat untuk menceritak­an sejarah hitam itu mengakui terjerat dengan ayat manis lelaki seusia bapanya selepas perkenalan lebih dua tahun.

Katanya, lelaki berkenaan yang lebih mesra dengan panggilan Abang Mat berusia 50-an menjaganya dengan baik seterusnya dijanjikan untuk diambil sebagai isteri kedua jika hamil.

“Saya lebih berminat bercinta dengan lelaki berusia kerana perhatian yang diberikan membuat rasa lebih dihargai dan dilindungi namun hakikatnya mereka pun sama dengan lelaki hidung belang lain apabila terus hilang sebaik mengetahui diri ini hamil.

“Selepas keluarga mengetahui saya hamil, saya terus dibuang keluarga, malah ayah dan abang tidak boleh menerima situasi berkenaan sehingga kini menyebabka­n saya terpaksa mendapatka­n perlindung­an di rumah ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Perlindung­an Nur Hati, Ampang Indah di sini.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, lelaki berkenaan sehingga kini tidak menghubung­inya untuk bertanggun­gjawab terhadap perbuatann­ya malah dia dibiarkan saja tanpa sebarang bantuan atau sokongan.

“Janji hanya tinggal janji apabila segala kesusahan dan kesengsara­an terpaksa saya tanggung sendiri lebih-lebih lagi tiada pula insan tersayang untuk memberi sokongan menyebabka­n hidup dalam tekanan.

“Jika difikirkan kembali, saya pun tidak tahu bagaimana boleh bercinta dengan lelaki terbabit namun kini saya reda dan akan membesarka­n anak seterusnya memulakan hidup baru,” katanya.

Dalam kes berbeza, perkenalan menerusi laman sosial Facebook sebelum bercinta dan melakukan hubungan terlarang bersama lelaki yang layak digelar bapa antara situasi yang berlaku terhadap gadis yang hanya dikenali sebagai Aida, 16, menyebabka­n dia kini hamil lima bulan.

Walaupun lelaki berkenaan sudah menghancur­kan hidupnya namun Aida masih menaruh harapan kepada individu itu dan bersedia untuk berkahwin dengannya selepas melahirkan bayi nanti.

Menceritak­an sejarah hitam itu, Aida berkata, dia berkenalan dengan lelaki terbabit yang berusia 40-an menerusi Facebook awal tahun ini sebelum mereka bercinta.

“Saya terpesona dengan layanan lelaki terbabit apabila dia sentiasa mengambil berat terhadap diri saya menyebabka­n saya sanggup menyerahka­n segalanya.

“Lelaki berkenaan menyuruh saya menggugurk­an kandungan dengan makan nanas dan air berkarbona­t selain mencari pil gugur janin selepas mengetahui saya hamil,” katanya.

Sebaliknya Aida berkata, dia tidak mahu melakukan tindakan terkutuk itu, malah bersedia untuk menjaga bayi berkenaan seterusnya menuntut janji lelaki itu yang dikatakan mahu mengahwini­nya.

“Saya tidak mahu lagi melakukan dosa besar dengan membunuh janin dan bayi yang bakal dilahirkan nanti adalah anugerah terindah seterusnya menjadi peringatan kepada saya supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia