Harian Metro

SEGENGGAM RAMBUT TERCABUT

Budak lima tahun mengerang kesakitan rambut ditarik wanita dipercayai sakit mental di pasar raya

- Amran Yahya cnews@nstp.com.my

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hanya mampu mengerang kesakitan apabila segenggam rambutnya ditarik hingga tercabut oleh seorang wanita dipercayai pesakit mental di sebuah pasar raya di sini, Khamis lalu.

Selain kanak-kanak itu, sepupu mangsa yang berusia dua tahun juga berhadapan dengan tindakan agresif wanita itu apabila ditendang di bahagian perut.

Menceritak­an kejadian, Zairi Yusoh, 36, berkata, dia membawa anaknya, Nur Damia Qistina, 5, dan anak saudara, Nur Elisya Zaidi, 2, ke pasar raya terbabit untuk membeli barang dapur jam 5.15 petang.

“Sebaik tiba di pasar raya, saya makan di medan selera dan membiarkan anak serta anak saudara bermain di ruangan permainan elektronik.

“Ketika asyik menjamah makanan, saya terkejut apabila mendengar jeritan Nur Damia.

“Saya bergegas kawasan permainan itu dan mendapati wanita tidak dikenali menerkam mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Condong, Juasseh Tengah di sini, semalam.

Menurut Zairi, dia meleraikan insiden itu, tetapi wanita berkenaan menarik segenggam rambut anaknya hingga tercabut dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Tidak cukup itu, wanita itu menendang perut anak saudara menyebabka­n orang ramai datang membantu,” katanya.

Zairi berkata, dia difahamkan wanita berusia 20-an itu pesakit mental, tetapi apa yang dikesalkan bapanya turut berada di medan selera terbabit.

“Sebagai bapa, dia sepatutnya memantau pergerakan anak, tambahan pula mengetahui anaknya pesakit mental.

“Lebih dikesalkan lelaki itu tidak meminta maaf biarpun menyaksika­n kejadian terbabit,” katanya.

Menurut Zairi, wanita itu ditahan polis yang ke lokasi selepas orang awam menghubung­i bagi mendapatka­n bantuan.

Katanya, laporan turut dibuat Zairi di Balai Polis Melang mengenai kejadian itu jam 6.18 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superinten­dan Haslah Bachok mengesahka­n pihaknya menerima laporan dan suspek kemudian diserahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan tidak dibuka kerana suspek disyaki pesakit mental,” katanya ketika dihubungi.

Saya bergegas kawasan permainan itu dan mendapati wanita tidak dikenali menerkam mereka”

Zairi Yusoh

 ??  ?? ZAIRI menunjukka­n bagaimana rambut anaknya, Nur Damia Qistina ditarik. Gambar kecil, kesan rambut Nur Damia Qistina yang tercabut.
ZAIRI menunjukka­n bagaimana rambut anaknya, Nur Damia Qistina ditarik. Gambar kecil, kesan rambut Nur Damia Qistina yang tercabut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia