Malang lori ikan
Seorang kelindan lori maut manakala abang iparnya parah selepas lori dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan di Kilometer 340 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, di sini.
Kemalangan kira-kira jam 2 pagi semalam menyebabkan Ya Dara, 36, warga Kemboja yang beralamat di Kampung Sekor, Pekan, Pahang, maut di tempat kejadian.
Abang iparnya, Abdul Karim Osman, 36, dari Kampung Sekukuh, Pekan, parah di badan dan kaki dikejarkan
Kelindan terbunuh abang ipar parah dalam nahas babit 3 kenderaan
ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Turut cedera dua penumpang pacuan empat roda, Toyota Hilux berusia 52 dan 89 tahun yang dirawat di hospital sama.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila lori muatan ikan yang dipandu Abdul Karim dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang merempuh belakang sebuah treler muatan bijih besi dipandu seorang lelaki berusia 54 tahun.
Dalam masa sama, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 55 tahun yang berada di belakangnya, gagal mengelak dan melanggar lori mangsa serta menyebabkan dua penumpangnya cedera.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala mangsa parah dan cedera dihantar ke hospital saxxxma untuk rawatan. “Ketika kejadian, jalan di situ licin kerana hujan dan kawasan gelap berikutan ketiadaan lampu jalan. Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.