Pengantin lelaki khunsa
dengannya.
5. Bakal suami bukan sedang dalam ihram.
6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Jika rukun dan syarat bagi suami itu lengkap dan sempurna, maka akad nikah yang dilakukan itu hukumnya adalah sah. Namun, selepas perkahwinan barulah diketahui oleh si isteri bahawa suaminya seorang khunsa.
Khunsa dari sudut istilah fuqaha ialah seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan.
Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing.
Merujuk kepada kitab fuqaha, didapati bahawa mereka membahagikan khunsa kepada dua jenis:
Khunsa musykil Seseorang yang tidak jelas tanda kelelakian atau perempuan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia seorang lelaki atau perempuan.
Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan perempuan. Jadi tidak dapat dipastikan keadaannya daripada kedua-dua jenis itu sama ada dia lelaki atau perempuan.
Khunsa ghayru musykil
Seseorang yang jelas padanya tanda kelelakian atau perempuan. Kita dapat mengetahui sama ada dirinya seorang lelaki ataupun perempuan.
Individu seperti itu tidak dikategorikan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia adalah seorang lelaki atau perempuan tetapi pada masa sama mempunyai anggota lebihan.
Hukum untuknya dalam mirath (pembahagian harta pusaka) dan selain daripada hukum-hakam adalah hukum terhadap apa-apa yang jelas daripada tanda jantinanya.
Sekiranya jelas tanda kelelakian, maka ke atasnya hukum-hakam seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.
Justeru, perkahwinan bagi seorang khunsa dalam jenis ghayru musykil adalah harus hukumnya dan ia bergantung kepada kecenderungan diri individu berkenaan.
Fuqaha turut mengambil kira beberapa faktor selain perbezaan fizikal alat kelamin dalam menentukan identiti khunsa. Antaranya faktor pertumbuhan bulu yang lebat pada tubuh badan, misai, janggut, suara yang lebih keras dan seumpamanya.
Maka, fuqaha lebih kuat menyatakan dia adalah seorang lelaki. Jika sebaliknya, dia diklasifikasikan sebagai seorang perempuan. Demikian juga fuqaha menyatakan beberapa cara lain untuk mengenal pasti jantina khunsa.
Antaranya ialah kecenderungan perasaan terhadap jantina berlainan. Sekiranya seorang khunsa itu kecenderungan kepada seorang lelaki, maka dia adalah perempuan dan jika kecenderungannya kepada perempuan, maka dia seorang lelaki.
Bagaimanapun, perkahwinan dengan khunsa musykil disepakati fuqaha bahawa perkahwinan dengan golongan itu adalah tidak sah.
Bagi masalah pembaca pada minggu ini, isteri perlu
Isteri perlu dapatkan kepastian supaya pernikahan sah
memastikan kedudukan pasangan khunsanya sama ada daripada kalangan khunsa musykil atau ghayru musykil.
Jika suami adalah khunsa musykil, maka pernikahan itu perlu difaraqkan kerana tidak memenuhi syarat sebagai suami. Namun, jika sebaliknya, maka ia tidak menimbulkan apa-apa masalah atau kesan pada hukum.
Bagi tujuan memfaraqkan nikah, hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk didengar dan diputuskan sewajarnya.
Penulis ialah peguam syarie