Dokumentari khas ketokohan Pak Lah
Putrajaya: Ketokohan, jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diabadikan dalam dokumentari selama satu jam, sekali gus menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.
Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Datuk Jefridin Atan berkata, penerbitan dokumentari itu mendapat kerjasama daripada Primeworks Studio, subsidiari Media Prima Berhad.
“Jutaan terima kasih setulus hati saya ucapkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar serta kru yang terbabit dalam proses menerbitkan dokumentari ini.
“LEGASI berusaha supaya dokumentari ini ditayangkan di media arus perdana sama ada di dalam dan luar negara,” katanya berucap pada Majlis Pratonton Dokumentari Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Resensi Buku: Being Abdullah Ahmad Badawi-The Authorised Biography di sini, semalam.
Turut hadir, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.
Pelancaran dokumentari itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Dalam pada itu, Jefridin berkata, penerbitan dokumentari itu diharap menjadi rujukan dan panduan kepada banyak pihak termasuk penyelidik serta pelajar untuk menelusuri legasi tokoh atau negarawan yang berjasa dan menyumbang kepada pembinaan negara.
Menurutnya, antara legasi atau cetusan idea Abdullah ialah gagasan Islam Hadhari yang diterima baik di peringkat antarabangsa dengan tertubuhnya
“Pusat penyelidikan di Jepun ini ditubuhkan dengan kerjasama Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila suatu bentuk rangkaian disebut
dapat kami bentuk. “LEGASI dilantik menjadi sekretariat kepada kerjasama ini termasuk bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS),” katanya.