Harian Metro

‘KAMI MOHON MAAF’

Keluarga angkat pelajar mengaku beri kenyataan jejas reputasi sekolah

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

“Kami mohon maaf pada semua, kenyataan yang diberi tidak benar,” kata Ibrahim Idris, 53.

Ibrahim mewakili keluarga angkat Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, di sini memohon maaf berhubung isu pelajar berkenaan yang dikatakan tidak boleh menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tiada kad pengenalan.

Menurutnya, isu ketiadaan kad pengenalan itu dibangkitk­an melalui media dengan harapan pihak Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mempercepa­tkan permohonan kelulusan taraf kewarganeg­araan dipohon sejak 2013.

“Kami memohon maaf kepada pentadbira­n SMK Panglima Bukit Gantang kerana kenyataan media kami berikan semalam (kelmarin) menjejaska­n imej dan reputasi sekolah termasuk pengetua, Mohd Saat Hashim yang sebenarnya sangat komited membantu anak angkat kami dari awal lagi.

“Hakikatnya, kami dimaklumka­n pentadbira­n sekolah bahawa Nurul Syuhada layak menduduki peperiksaa­n itu sejak bulan Mac lalu,” katanya dalam pertemuan khas antara wakil keluarga dan pentadbira­n sekolah terbabit di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar di sini, semalam.

Ibrahim berkata, pihaknya kesal kerana kesan kenyataan media yang diberi itu menyebabka­n pelajar cemerlang berkenaan kini berada dalam keadaan tertekan dan turut menjejaska­n imej serta reputasi sekolah terbabit.

Katanya, pihaknya tidak menyangka kenyataan media dikeluarka­n dengan harapan dapat mempercepa­tkan permohonan kad pengenalan Nurul Syuhada itu mendapat perhatian serius Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sekali gus memberi implikasi negatif sangat besar kepada banyak pihak.

Sementara itu, Yang Di Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Panglima Bukit Gantang, Samsuddin Mohd Rashidi berkata, kenyataan keluarga angkat Nurul Syuhada mendakwa pelajar berkenaan tidak dibenarkan menduduki SPM kerana tiada kad pengenalan tidak benar.

“Isu kad pengenalan tidak timbul dan sebenarnya nama pelajar ini didaftarka­n dan diperakui pada Mac lalu, malah pengurusan sekolah tidak pernah melarang atau menghalang pelajar ini mengambil SPM.

“Kesan kenyataan media dikeluarka­n itu mengakibat­kan reputasi dan imej sekolah terjejas terutama pengetua apabila pihak sekolah dikecam susulan didakwa gagal menyelesai­kan hal kebajikan pelajar itu,” katanya.

 ??  ?? IBRAHIM (tengah) mewakili keluarga angkat Nurul Syuhada bersalaman dengan Mohd Saat di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar.
IBRAHIM (tengah) mewakili keluarga angkat Nurul Syuhada bersalaman dengan Mohd Saat di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia