Pelancong maut nahas tersepit

Harian Metro - - Setempat -

Seorang pelancong wanita warga China yang baru tiba di Malaysia malam kelmarin, maut tersepit antara lori sampah dan kereta dalam kejadian di Jalan Hang Li Po, berhampiran Bukit Cina di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa Gong Jinge, 59, berseorangan berada di belakang Perodua

Alza untuk menaiki bas persiaran.

Saksi di tempat kejadian memberitahu, mangsa ketika itu sedang berjalan tiba-tiba lori sampah terbabas melanggarnya sebelum merempuh belakang Perodua Alza yang diparkir di tepi jalan.

“Lori sampah itu tidak mematikan enjin dan turun dari lori untuk mengangkat sampah, namun lori itu bergerak sendiri dan melanggar belakang kereta, wanita terbabit tersepit antara kedua-dua kenderaan itu,” katanya.

MAYAT pelancong wanita warga China yang maut tersepit antara lori sampah dan kereta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.