Jelir lidah, cuba rempuh polis

Harian Metro - - Muka Depan -

Bukan saja cuba merempuh polis dengan motosikal, seorang suspek lelaki bertindak biadab menjelirkan lidah kepada anggota polis sebaik ditahan di simpang tiga Kampung Sri Manis, dekat Bukit Garam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, suspek warga Filipina berusia 30 tahun itu dan rakannya warga Indonesia berumur 20 tahun dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal selepas siasatan mendapati kenderaan digunakan mereka pernah dilaporkan hilang.

Menurut sumber, sebelum kejadian, pihak polis menjalankan operasi cegah jenayah di lokasi terbabit.

“Suspek kelihatan dalam keadaan mencurigakan. Mereka cuba merempuh anggota polis yang membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

DUA suspek kes curi cuba rempuh polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.