Sah boleh ambil SPM

Harian Metro - - Setempat -

Parit Buntar: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang di sini, Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris, 17, boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu hadapan.

Kebenaran itu dinyatakan Maszlee melalui Facebook miliknya, selepas kisah pelajar itu yang dilarang menduduki peperiksaan berkenaan kerana tiada kad pengenalan disiarkan media termasuk Harian Metro semalam.

Maszlee dalam status Facebook menulis;

“Perkara ini telah pun disiasat dan Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris telah pun dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan kepada Nurul Syuhada, teruskan berjuang dan semoga berjaya!

“KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.”

Harian Metro semalam menyiarkan kisah Nurul Shuhada yang dirundung malang apabila pihak sekolah memaklumkan dia tidak dibenarkan menduduki SPM kerana tiada kad pengenalan diri dan statusnya sebagai ‘tiada kewarganegaraan’.

Lebih menyedihkan, dia yang ibu bapa kandungnya berasal dari Kemboja, adalah pelajar cemerlang di sekolahnya.

STATUS Facebook Dr Maszlee mengesahkan Nurul Syuhada boleh menduduki SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.