Cuti bomba beku hadapi banjir

Harian Metro - - Setempat -

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti kira-kira 10,000 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi menghadapi banjir terutama di pantai timur bermula bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan

Wahid, berkata tindakan itu adalah sebagai langkah awal jabatan itu menghadapi sebarang kemungkinan terutama ketika mengalami musim peralihan monsun.

“Semua pegawai dan anggota itu membabitkan 296 Balai Bomba dan Penyelamat di keseluruhan 48 zon di seluruh negara.

“Selain dibekukan cuti, JBPM turut akan membuka bilik gerakan bagi melakukan pemantauan serta memastikan semua keperluan peralatan dan logistik berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, semalam.

Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan yang dijangkakan akan banjir berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

MOHAMMAD Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.