Harian Metro

CHESTER MASIH ‘HIDUP’

-

Walaupun sudah enam tahun meninggal dunia, seorang remaja yang menjadi penderma organ pertama di daerah ini dianggap masih ‘hidup’ kerana buah pinggangny­a kini dimanfaatk­an individu lain.

Remaja itu, Chester Bionfie Jainus, 18, yang disahkan menghidap kanser darah ketika di tingkatan enam meninggal dunia pada 2012.

Ibu remaja itu, Martha Marsus berkata, sebelum meninggal dunia anaknya memaklumka­n niatnya menjadi penderma organ ketika ke hospital untuk menghadiri temu janji pemeriksaa­n kesihatan.

“Anak kedua saya itu disahkan mengalami kekurangan sel darah merah (kanser darah) ketika bersekolah.

“Mulanya, saya tidak gembira dengan permintaan­nya untuk menderma organ kerana dia sedang sakit,” katanya yang bersetuju memenuhi permintaan anaknya selepas menerima galakan dari hospital supaya mendermaka­n kedua-dua buah pinggang anaknya.

Pengalaman itu dikongsika­n Martha pada Karnival Kesedaran Menderma Organ peringkat negeri di Hospital Keningau di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi.

Bapa remaja itu, Janius Lian, 55, yang bekerja sebagai petani berkata, dia dimaklumka­n ada dua penerima buah pinggang anaknya iaitu dari Kota Belud dan Semenanjun­g.

“Saya rasa seperti anak saya ‘hidup’ kerana sebahagian daripada organnya masih berfungsi. Saya dan isteri juga adalah penderma organ, namun kami tidak pernah terfikir anak akan menderma dulu sebelum kami,” katanya.

Dr Christina berkata, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu menerima empat penderma organ tahun ini dengan tiga mendermaka­n kornea dan seorang lagi membabitka­n pelbagai organ.

Katanya, penderma terbaru ialah mendiang veterinar warga Mexico Dr Diana Ramirez dari Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah yang mendermaka­n pelbagai organnya.

Sejak program menderma organ bermula pada 2000, Sabah menerima 19 derma termasuk empat tahun ini.

Jumlah penderma organ dari Sabah ialah 21,000 daripada 426,000 di seluruh negara.

Buah pinggang remaja meninggal enam tahun lalu penyambung nyawa dua individu

 ??  ?? MARTHA dan Janius menunjukka­n wajah Chester yang menjadi penderma organ pertama di Keningau.
MARTHA dan Janius menunjukka­n wajah Chester yang menjadi penderma organ pertama di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia