Harian Metro

JAIS tegas banteras LGBT

-

Kuala Lumpur: Walaupun ada pendapat mengatakan pihak berkuasa pada hari ini agak bertoleran­si dengan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT), ia bukan bermakna tindakan penguatkua­saan ke atas kumpulan berkenaan lemah.

Ketegasan pihak berkuasa bagi mencegah kemungkara­n terbukti apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah premis menjadi tapak pesta bagi golongan gay, malam kelmarin.

Malah sebelum ini banyak pihak merasa gusar dengan penularan amalan songsang atau kecelaruan jantina dalam masyarakat di negara ini.

Kebimbanga­n itu lebih ketara apabila ikon gay antarabang­sa, Sinon Loresca singgah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah ketika di Kuala Lumpur Loresca, dikatakan turut mengadakan perjumpaan tertutup dengan peminatnya di sebuah lokasi di Lembah Klang.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan mencegah kemungkara­n ini daripada berlaku.

“Kami di JAIS berharap orang ramai dapat menyalurka­n maklumat mengenai kemungkara­n berlaku di sekitar mereka untuk tindakan lanjut.

“Semua pihak perlu memainkan peranan sewajarnya agar perlakuan seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Berikutan itu beliau, meminta orang ramai melaporkan sebarang perlakuan mungkar agar menghubung­i hotline Bahagian Penguatkua­saan JAIS di talian 1-800-88-2424.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia