Kaji pandangan ahli keluarga mangsa kes bunuh

Harian Metro - - Setempat -

Kerajaan Persekutuan akan mengkaji pandangan ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi yang tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Mereka tidak bersetuju kerana mendakwa tidak adil dan akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian itu amat diperlukan untuk memastikan sama ada dakwaan mereka tepat ataupun tidak.

Katanya, kerajaan tidak boleh membuat penilaian melainkan ada kajian menunjukkan terdapat peningkatan atau tidak dalam kes jenayah berat.

“Kita (kerajaan) mengambil berat terhadap pendapat mereka (keluarga mangsa) dan akan mengkajinya secepat mungkin,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan dan Sesi Penerangan Parti Komponen Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.