Doktor rugi jawab panggilan Sarjan Abi

Harian Metro - - Setempat -

Seorang doktor sebuah hospital kerajaan berputih mata selepas wang tunai RM14,000 dilesapkan sindiket Macau Scam, kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa Sarjan Abi Zaini Mokhtar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa didakwa identitinya digunakan individu lain memohon kad kredit dari sebuah bank.

Menurutnya, suspek juga mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan rasuah dan penggubalan wang haram.

“Mangsa pada mulanya menafikan pembabitan dalam kes jenayah yang didakwa suspek. Melihat mangsa cemas dan hampir ‘dijerat’, suspek menawarkan cara melepaskannya dari tuduhan itu.

“Suspek kemudian meminta mangsa memberi nombor akaun bank bagi membolehkan wang simpanannya tidak dibekukan pihak berkuasa untuk sementara waktu,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.