Sokong syor babit ibu bapa banteras dadah

Harian Metro - - Setempat -

Cadangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi pembabitan peranan ibu bapa dalam usaha pencegahan dadah disokong Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Dengan penggubalan undang-undang baru ini, pembabitan ibu bapa dalam usaha membanteras dadah dalam kalangan remaja dan pelajar dapat direalisasikan.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bagi tempoh Januari sehingga September tahun lalu, 1,731 pelajar daripada 36,664 yang mengambil ujian air kencing didapati positif dadah.

“Kami percaya dengan cadangan AADK ini, ia dapat digunakan sebagai kaedah membanteras masalah dadah dalam kalangan pelajar.

“Tidak dinafikan, peranan keluarga, masyarakat dan sektor swasta penting dalam usaha kerajaan menangani gejala penagihan dadah,” katanya.

Menurutnya, masalah penyalahgunaan bahan larangan ini isu besar yang jika tidak dapat ditangani oleh semua pihak, ia mengundang kemudaratan lebih besar pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.