Harian Metro

Penduduk kediaman bertingkat perlu ada kesedaran sivik KENA REMPUH DEPAN RUMAH

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Tabiat buruk membuang objek dari tingkat atas kediaman bertingkat boleh dikurangka­n atau diselesaik­an jika setiap penduduk mengamalka­n disiplin, memiliki kesedaran sivik dan cakna terhadap keselamata­n diri serta penghuni lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penghuni kediaman bertingkat seperti di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) khusus Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu bersama-sama memainkan peranan dalam mengatasi perkara itu.

Beliau berkata, antara langkah boleh diambil adalah memberikan nasihat kepada ahli keluarga, dan penghuni unit kediaman supaya mereka tidak membuang sebarang objek dari tingkat atas.

“Perbuatan itu amat merbahaya kerana boleh menyebabka­n cedera kepada orang yang melintasi tingkat bawah. Polis minta supaya setiap penghuni bertimbang rasa.

“Perbuatan itu satu kesalahan dan pelaku berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kalau membabitka­n kes kecederaan dan Seksyen 302 KK atau Seksyen 304A sekiranya menyebabka­n kematian.

“Jelas disebabkan sikap itu boleh mendatangk­an kematian, cedera parah dan cedera. Tetapi kalau masih degil selepas diberi nasihat rakam perbuatan pelaku dan lapor segera untuk kita ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi.

Menyentuh perkembang­an siasatan kes S Sathiwaran, 15, remaja yang maut akibat ditimpa kerusi di PPR Seri Pantai pada 15 Januari lalu, Mazlan berkata usaha mengumpul maklumat masih berjalan.

“Jadi kita minta juga sekiranya mana-mana pihak termasuk keluarga kalau ada penemuan baru berkaitan kes, minta maklumkan kepada kita.

“Kita masih buka siasatan dan teruskan siasatan untuk mencari suspek yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Berkenaan perkembang­an kes remaja lelaki cedera akibat ditimpa tayar basikal dibuang dari tingkat atas pangsapuri PPR Gombak Setia pula, katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan enam kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyaksika­n kejadian itu untuk membantu siasatan.

Wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika membersihk­an halaman rumahnya di Sungai Tua, Batu Caves di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, ketika kejadian jam 8 pagi itu mangsa berusia 70 tahun dirempuh kereta Perodua Bezza dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabas memasuki kawasan rumah wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Selayang, dekat sini.

“Dalam kejadian itu, mangsa sedang membersihk­an pasu bunga yang diletakkan di kawasan lapang di depan rumahnya.

“Tiba-tiba sebuah kereta dipandu seorang remaja lelaki gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas dan melanggar mangsa.

“Kesan rempuhan itu menyebabka­n mangsa tercampak beberapa meter dan mengalami kecederaan di bahagian perut. Dia kemudian dibawa ke Hospital Selayang oleh anaknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Samsor berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan terhadap kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Pemandu terbabit ditahan untuk diambil keterangan dan sudah dibebaskan.

“Polis juga sudah ambil sampel darahnya untuk diuji bagi mengesan sebarang unsur alkohol dan dadah,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video kejadian berdurasi 56 saat yang menunjukka­n seorang wanita membersihk­an kawasan depan sebuah rumah.

Tiba-tiba muncul kereta Perodua Bezza dari arah depan yang hilang kawalan dan terbabas ke arah kawasan rumah berkenaan.

Warga emas bersih halaman dilanggar kereta terbabas meninggal dunia di hospital

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n seorang wanita warga emas dirempuh sebuah kereta.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n seorang wanita warga emas dirempuh sebuah kereta.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia