Harian Metro

‘ADA JUGA RASA TAKUT CUMA BAGI SAYA KITA DI PIHAK YANG BENAR’

-

Bila nampak pisau terpacak di pintu rumah, apa perasaan Dr?

Pertama sekali masa mula-mula nampak ugutan itu saya sangat terkejut kerana tak sangka sampai ke tahap yang macam ini kerana kita bukan uruskan kes along, kita berurusan dengan entiti kerajaan.

Saya tak sangka ia sampai ke situlah. Terkejut memanglah, ada juga rasa takut cuma bagi saya kita di pihak yang benar, kita pun memperjuan­gkan hak mereka yang teraniaya, tidaklah terlalu gusar sangat. Tak adalah sampai nak berhenti. Saya rasa kita berjuang untuk benda yang betul, hak yang benar, mereka ini bayar cukai, perjanjian itu sudah ditandatan­gani, sudah bayar hasil. Jadi dia bukannya buat rumah atas tanah curi, jadi apa yang nak kita takutkan.

Apa yang dalam fikiran Dr waktu itu, takut? Bimbang?

Rumah itu kawasan persendiri­an...alamat memang tidak didaftarka­n di mana-mana, jadi sangat terkejut maknanya seseorang berusaha bersungguh-sungguh bukan tahu saja lokasi rumah saya di mana, nak tahu unit saya dekat mana. Saya bukan di unit bawah, saya di atas. Memang rasa seseorang sedang menghantar mesej tak nak saya masuk campur uruskan kes itu lagi.

Dia bukan sasarkan PPIM secara keseluruha­n, dia memang pergi kepada individu yang mengendali­kan kes. Kita memang dah lama uruskan kes ini, mula bulan Jun tahun lepas.

Kemudian dengan perubahan pilihan raya kita terpaksa berhenti sekejap. Baru dalam sebulan dua lepas kita cuba hubungi balik. Selepas peralihan kuasa reda, baru kita cuba hubungi balik pengadu, kita beri tahu apa gerak kerja kita seterusnya sebab kita kena berhubung dengan pejabat Menteri Besar Selangor.

Apa kata Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis PPIM) kerana beliau sememangny­a pernah melalui pelbagai jenis ugutan?

Malam kejadian saya tak sempat hubungi dia. Tetapi Datuk hantar beberapa pegawai daripada pejabat Keramat yang biasa menguruska­n kes-kes along.

Mereka dah biasa menghadap benda ugutan begini. Mereka datang, periksa persekitar­an rumah tengok apa-apa. Saya memang tak pandai nak uruskan, kita pun tak pandai nak tengok. Kemudian polis pun datang, selesai dan tengok keselamata­n pada waktu itu.

Malam itu juga Datuk minta saya ke lokasi lain yang dirasakan lebih selamat dan saya, anak dan suami pergi ke sana untuk keselamata­n kerana saya pun tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Pernah terfikir akan melalui saat genting begini sebagai seorang aktivis pengguna?

Saya tak pernah terfikir begitu kerana daripada mula kes-kes yang ketua Aktivis berikan kepada saya adalah yang tidak melibatkan entiti yang saya kategorika­n sebagai bahaya.

Dari mula dulu, Datuk tak pernah berikan kes yang bahaya. Yang saya dapat kes masalah rumah tangga, masalah rumah tangga, tuntut cerai, tuntut anak, melibatkan muflis. Jadi kita berurusan dengan pihak bank, dengan Jabatan Insolvensi Malaysia jadi saya tidak memikirkan itu sebagai kelompok yang dikategori­kan bahaya. Memang tak masuk akal, tak bersedia langsung.

Sebelum ini ada bentuk ugutan lain diterima atau bagaimana?

Tak pernah berhadapan dengan ugutan. Ini yang pertama dan saya harap yang terakhir juga. Pendekatan kita juga berbeza bila kita nak menguruska­n kes ini. Tapi pelik kerana kita tidak pernah mengeluark­an tekanan kepada mana-mana pihak melainkan entiti yang saya senaraikan itu agensi kerajaan. Kalau nak ubah modus operandi pun, tak tahu nak ubah bagaimana.

Bila jadi begini, apa persediaan yang Dr ambil?

Persediaan keselamata­n kita ambil lebih sikitlah. Adalah beberapa langkah keselamata­n yang saya dah ambil. Sudah berhadapan dengan pihak pengurusan kediaman saya untuk menyuaraka­n tahap keselamata­n yang lebih berkualiti­lah.

Sebelum ini saya dimaklumka­n orang luar boleh masuk saja tanpa maklum ke mana dia nak pergi. Contohnya kalau dia nak pergi unit nombor 4041, pengurusan tidak ada pengesahan dengan pemilik unit rumah ke, betul ke ada orang nak datang. Kemudian kenderaan pun saya letakkan alat keselamata­n juga depan belakang kalau ada yang mengekori.

Untuk kes yang sedang dikendalik­an, apakah selepas ugutan ini akan tutup buku atau bagaimana?

Pada hari Rabu yang baru lalu ini, kita terus mengadakan satu pertemuan dengan pejabat Menteri Besar Selangor, dengan Setiausaha Politik beliau dan kita maklumkan apa yang telah berlaku, status terkini apa yang kita dah pernah buat dulu.

Kita pun dah pernah jumpa dengan wakil kerajaan negeri dulu, mengadu kepada dia dan mohon perjumpaan dengan agensi terbabit untuk dapatkan penjelasan terutamany­a tentang satu kebenaran membangunk­an semula kawasan berkaitan. Itu yang kita buat pada hari Rabu petang yang lalu. Setakat ini dapat maklum balas positiflah, mereka nak tahu maklumat, jadi kita berikan kronologi, kita berikan senarai pemilik dan aduan itu baru kita sampaikan dan kita harapkan ada yang positif.

Maknanya terus bekerja walaupun selepas diugut. Adakah Dr tidak gentar langsung atau ada penjelasan lain?

Benda ini sudah setahun kami uruskan, tetapi pengadu ini sudah 13 tahun melaluinya. Nak tunggu apa lagi dan ada yang kata, alah dia baru letak pisau dekat pintu, kita nak tunggu apa, nak tunggu ada yang terlantar ke baru kita nak buat kerja?

Apa pesanan Dr kepada rakan-rakan aktivis selepas apa yang berlaku?

Yang bersama saya dalam isu ini ramai. Saya mohon untuk kita tidak hilang semangat dengan ugutan ini kerana saya anggap mereka yang ugut ini adalah orang pengecut kerana orang yang berani, dia akan berhadapan. Kalau betul dia di pihak yang benar, dia akan berdepan, berunding dengan kita kenapa kita tidak sepatutnya teruskan dengan kes ini. Orang pengecut saja akan buat ugutan begini.

 ??  ?? KETUA Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan bersama Dr Mazlina selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berkaitan ancaman yang diterima.
KETUA Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan bersama Dr Mazlina selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berkaitan ancaman yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia