Harian Metro

Balas jasa ibu bapa

-

Kuantan: Kesungguha­n ibu bapa menyediaka­n pendidikan sempurna untuk anak walaupun mereka sendiri tidak berpendidi­kan tinggi, mendorong graduan ini belajar bersungguh-sungguh.

Umi Zaidatul Azeera Mohd Nawi, 23, membalas budi orang tuanya apabila menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Konvokesye­n Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-13 di sini, semalam.

Katanya, dia terharu melihat jerih perih ibu bapanya, Mohd Nawi Abdul Latif dan Sabariah Anang yang masing-masing berusia 55 tahun, membanting tulang empat kerat untuk membesarka­n dia serta tiga adik-beradik lain dengan menjadi peneroka di FELDA Kerteh 4, Ketengah Jaya, Terengganu.

“Ibu tahu jadual termasuk bila saya menjalani kuiz atau ujian. Jadi, ibu membacakan surah Yasin untuk ketenangan saya, doa ibu bapa sememangny­a berkat kepada anak untuk melalui proses pengajian,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) selepas menerima anugerah daripada Canselor UMP Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Pemangku Raja Pahang.

Sepanjang pengajiann­ya, Umi Zaidatul Azeera yang kini bekerja sebagai juruanalis­is teknologi maklumat di Intel Corporatio­n (M) Sdn Bhd memperoleh pelbagai anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Fakulti Sistem Komputer & Kejurutera­an Perisian (FSKKP) dan Anugerah Dekan bagi setiap semester.

Dia juga berterima kasih kepada UMP kerana memberinya peluang dan tanggungja­wab sepanjang melanjutka­n pengajian di universiti berkenaan.

“Skop kerja sekarang sesuai dan bertepatan dengan silibus dipelajari di UMP. Saya berharap dapat menjadi insan yang mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat serta menjadi teladan khususnya untuk generasi muda,” katanya yang meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75.

Sementara itu, Joanne Bong Shan Shan, 24, yang turut mendapat Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) berkata, pembabitan aktifnya dalam persatuan bukan halangan baginya cemerlang dalam akademik dengan meraih PNGK 3.90 dan mendapat Anugerah Dekan tujuh kali.

Joanne yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek dan kini bertugas sebagai penganalis­is digital di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur berkata, dia seronok dengan pengalaman kampus di UMP kerana pensyarahn­ya sentiasa bersedia membantu dan mendengar masalah penuntut, sekali gus menganggap mereka sebagai kawan.

Dia yang berasal dari Kuching, Sarawak pernah merangkul pelbagai anugerah sepanjang pengajian, antaranya Anugerah Srikandi 2015, Anugerah Tunas Harapan 2017 dan tiga program terbaik dalam Anugerah Tokoh Siswa 2016 (kategori pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar).

 ??  ?? UMI Zaidatul dicium ayah dan ibunya pada majlis Konvokesye­n ke-13 UMP, semalam.Anugerah
UMI Zaidatul dicium ayah dan ibunya pada majlis Konvokesye­n ke-13 UMP, semalam.Anugerah
 ??  ?? JOANNE menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang).
JOANNE menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia