Bangga PhD mendiang suami

Harian Metro - - Setempat -

“Sehingga akhir hayat, mendiang suami tidak berhenti menuntut ilmu dan antara impiannya adalah memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) ini,” kata Leow Kwee Hoon, 50.

Dia menerima ijazah itu bagi pihak mendiang Lee Ghim Teck, 52, pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-61 di sini, semalam.

Menurut Leow, mendiang sepatutnya meraikan kejayaannya menamatkan pengajian pada majlis itu namun apakan daya kerana meninggal dunia terlebih dahulu pada 16 Ogos lalu, akibat serangan jantung.

Katanya, dia dan tiga anaknya berusia antara 13 dan 20 tahun menjadi wakil mendiang dan meraikan usaha mendiang Lee.

“Walaupun dia sudah tiada, kami bangga dengan pencapaiannya. Biarpun dia hanya anak kepada penoreh getah di Kelantan, mendiang suami berjaya mengubah nasib keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

LEOW menunjukan ijazah PhD Lee yang sepatutnya diraikan pada majlis Konvokesyen UTM, se m a l a m .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.