Harian Metro

Bina tasik untuk penduduk Klang DUA BULAN BURU BERUANG

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Kumpulan Mitraland berjaya mengubah tanah kosong kepada sebuah tasik buatan yang menakjubka­n dikenali sebagai Taman Tasik Rekreaksi @ Gravit8 berkeluasa­n 3.217 hektar.

Pengerusi Mitraland Group Datuk Johan Ariffin berkata, taman tasik bernilai RM11 juta itu bakal menjadi tempat riadah bagi masyarakat sekitar Klang selain ruang dinamik menggalakk­an interaksi serta gaya hidup sihat.

“Kami teruja memperkena­lkan Taman Tasik Rekreasi @ Gravit8 ini. Kerjasama dengan MPK (Majlis Perbandara­n Klang) amat bermakna, terima kasih di atas input dan bimbingan mereka yang berharga sepanjang peringkat perancanga­n taman tasik ini, dan ia kini membuahkan hasil.

“Kedudukan taman tasik ini strategik iaitu di pusat pembanguna­n Gravit8, ia lengkap dengan trek joging dan taman permainan,” katanya.

Turut hadir, Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Kebimbanga­n penternak madu kelulut di Kampung Pulau Rusa, dekat sini, berakhir apabila seekor beruang matahari jantan dewasa yang sering merosakkan sarang dan kebun buah-buahan, masuk perangkap dipasang Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Khamis lalu.

Mazrul Arif Osman, 43, berkata dia meminta bantuan PERHILITAN untuk memasang perangkap sejak dua bulan lalu, berikutan sarang lebah kelulut dan buah-buahan dirosakkan haiwan itu sehingga mengakibat­kan dia kerugian lebih RM2,000.

“Banyak pokok rambutan rosak apabila beruang terbabit mematahkan dahan pokok yang terdapat banyak buah. Kehadiran binatang berkenaan sebelum ini turut menimbulka­n keresahan penduduk, (mereka) bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

“Penantian selama dua bulan untuk menangkap binatang

Haiwan liar sering rosakkan sarang kelulut,

pokok buah akhirnya diperangka­p

liar yang merosakkan lima sarang kelulut selain turut makan buah-buahan termasuk durian sebelum ini akhirnya terjawab,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mazrul Arif berkata, pada Mei lalu PERHILITAN turut berjaya menangkap seekor beruang jantan dewasa di Kampung Pulau Rusa yang lebih ganas apabila cuba memecah masuk bengkel perusahaan makanan penduduk kampung mencari makanan.

Katanya, beberapa penduduk mendakwa masih terdapat seekor lagi beruang yang bergerak bebas merayau dalam kawasan kampung namun saiznya lebih kecil berbanding dua beruang matahari ditangkap sebelum ini.

“Kami berharap PERHILITAN dapat terus menempatka­n perangkap bagi menangkap binatang liar berkenaan yang merosakkan kebun nangka, pisang dan belimbing

untuk yang diusahakan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang Ahmad Azhar Mohammed berkata, beruang matahari jantan yang ditangkap di Kampung Pulau Rusa itu berusia lebih 12 tahun.

“Kami lepaskan binatang terbabit di hutan Taman Negara Sungai Relau Merapoh, Lipis bagi tujuan hidup bebas seterusnya bertemu dengan pasangan dan membiak dalam kawasan semula jadi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERUANG matahari yang berjaya diperangka­p PERHILITAN.
MAZRUL Arif menunjukka­n sarang kelulutnya yang dimusnahka­n beruang matahari.
BERUANG matahari yang berjaya diperangka­p PERHILITAN. MAZRUL Arif menunjukka­n sarang kelulutnya yang dimusnahka­n beruang matahari.
 ??  ?? MOHAMAD Yasid (dua dari kanan), Johan (kanan) meninjau kawasan tasik selepas merasmikan Taman Tasik Rekreaksi @ Gravit8.
MOHAMAD Yasid (dua dari kanan), Johan (kanan) meninjau kawasan tasik selepas merasmikan Taman Tasik Rekreaksi @ Gravit8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia