Semakin lagu terbaik minggu pertama

Harian Metro - - Setempat -

Minggu pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (MM33) menyaksikan lagu ciptaan Mera Utama berjudul Semakin dendangan Siti Sarah dinobatkan sebagai lagu terbaik.

Lagu dendangan penyanyi Siti Sarah itu berjaya menawan hati barisan juri yang diketuai Datuk Mokhzani Ismail, sekali gus memberi saingan sengit kepada 10 lagi lagu bertanding.

Sarah ketika ditemui berkata, dia bersyukur Semakin dinobatkan sebagai lagu terbaik.

“Saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan keputusan itu. Rasa hiba pun ada.

“Bukan apa, terlalu lama saya tunggu saat ini untuk berada di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik. Alhamdulillah semuanya lancar katanya.

Menurut Sarah, setiap karya dipertandingkan ada kelebihan tersendiri namun lagu nyanyiannya itu ada keunikan hingga berjaya menambat hati juri.

SITI Sarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.