Harian Metro

KARD TERUJA

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

„ Kumpulan K-Pop tak sangka

sokongan padu peminat

Kumpulan terkenal dari Korea Selatan, KARD mengakui teruja menghiburk­an peminat pada konsert Lazada 11:11 Super Show di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dianggotai BM, J Seph, Jeon So-Min dan Jeon Ji-Woo, empat anak muda itu turut menzahirka­n rasa terharu atas sokongan yang diberikan peminat di Malaysia.

Kata BM, mereka tidak sangka KARD yang ditubuhkan pada 2016 berjaya memikat hati pendengar muzik K-Pop di sini.

“Kami tak sangka ada ramai peminat di Malaysia. Kami terharu ketika tiba di lapangan terbang, ramai peminat berkumpul dan melambaika­n tangan ke arah kami.

“Persembaha­n kami pada konsert malam nanti (semalam) yang pertama di Malaysia. Kami sangat teruja dapat menghiburk­an peminat serta bertemu dengan mereka.

“KARD berharap ia menjadi titik permulaan untuk datang ke sini dan mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat,” kata BM ketika sidang media di Hotel Interconti­nental pagi semalam.

KARD antara kumpulan K-pop yang meraih populariti di seluruh dunia bukan hanya kerana lagu mereka seperti

dan tetapi juga disebabkan keunikan mereka yang menggabung­kan anggota wanita dan lelaki.

Sementara itu, konsert Lazada 11:11 Super Show turut ditayangka­n menerusi saluran TV 3 dan ntv7. Selain KARD, antara selebriti tempatan yang bakal memeriahka­n acara itu ialah Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Altimet dan Wany Hasrita.

 ??  ?? DARI kiri BM, So-Min, Ji-Woo dan Seph.
DARI kiri BM, So-Min, Ji-Woo dan Seph.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia