Harian Metro

Tiga perkara utama dipegang PH WAN SAIFUL AKUR

- Nadia Hamid cnews@nstp.com.my

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga perkara utama yang akan dipegang Pakatan Harapan (PH) selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, perkara itu ialah mengabdika­n diri kepada rakyat, mengekalka­n sistem demokrasi dan melakukan pemisahan kuasa pemerintah daripada undang-undang.

“Kerajaan PH bukan berjuang untuk pemimpin, tapi untuk agama, bangsa dan tanah air. Sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan dan dengan kuasa ini, kita perlu mengabdika­n diri kepada rakyat.

“Dalam sistem demokrasi, kita perlu mempunyai undang-undang yang perlu dihormati dan pemerintah terdahulu tidak menghormat­inya. Jadi kita mahu undang-undang ini memberi manfaat kepada rakyat dan hapuskan undang-undang yang menekan rakyat.

“Kita juga akan memegang prinsip asingkan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman. Kita tidak mahu pemimpin menguasai kuasa eksekutif dan kehakiman menyebabka­n tiada tindakan diambil bagi mereka melakukan kesalahan,” katanya.

Penulis Buku Harapan, Wan Saiful Wan Jan secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menepati janji berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN, berkata agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisas­ikan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini namun gagal.

“Saya antara yang terbabit menulis janji manifesto PH. Saya bertanggun­gjawab dalam hal ini, termasuk janji menangguhk­an pembayaran semula oleh peminjam yang berpendapa­tan bulanan di bawah RM4,000.

“Saya mohon maaf kepada rakyat. Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan PTPTN sangat besar.

“Hutang PTPTN (ketika Putrajaya: Kementeria­n Kewangan bersetuju dengan syor Kementeria­n Pendidikan supaya meneruskan skim bantuan baucar buku mahasiswa.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, beliau membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat kabinet kelmarin, iaitu yang pertama sejak Belanjawan 2019 dibentangk­an Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu.

“Kementeria­n Kewangan bersetuju melihat itu) hampir RM40 bilion dan jika janji ini diteruskan, hutang PTPTN akan menjadi bebanan besar kepada negara,” katanya.

Gagal tepati janji berkaitan pinjaman PTPTN seperti dalam manifesto

Beliau membuat pengumuman maaf terbuka itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Wilayah Persekutua­n 2018 di sini, semalam.

Wan Saiful menjelaska­n pengurusan PTPTN sudah lama berusaha menyelesai­kan hutang PTPTN namun tidak berjaya.

“PTPTN sudah lama nak (cuba) menguruska­n pinjaman. Di sini, saya ingin menzahirka­n kekaguman kepada pengurusan PTPTN kerana kesungguha­n menyelesai­kan isu ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mahathir menerima lebih 31,000 borang keahlian meliputi 14 bahagian BERSATU Kelantan.
DR Mahathir menerima lebih 31,000 borang keahlian meliputi 14 bahagian BERSATU Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia