Bukan senang pinda perlembagaan

Harian Metro - - Setempat -

Pelaksanaan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan sesuatu yang mudah kerana perlu melalui proses perlembagaan.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata, sehubungan itu orang Melayu tidak perlu bimbang kerana untuk meminda hak Melayu dan Islam dalam perlembagaan bukan satu perkara mudah.

“Kita menghormati keputusan itu (pelaksanaan ICERD) tapi untuk pelaksanaan di Malaysia ada cara tersendiri iaitu melalui proses perlembagaan.

“(Orang Melayu) tidak perlu bimbang apa-apa sebab nak pinda perlembagaan dan hak Melayu bukan satu perkara yang mudah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Mohamad merasmikan Konvensyen AMANAH Negeri Kelantan 2018 kali ketiga di Hotel Perdana di sini. Kuala Lumpur: “U-turn ni. Berani juga dia cakap, skim baucar buku salah satu perjuangan ‘saya’ (Dr Maszlee) buat mahasiswa. Dia yang buat bajet, dia yang tak suka, dia yang nak tukar sekarang.

“Setakat ini, ia sekadar cadangan dan belum dapat apa-apa kelulusan lagi. Kita tunggu,” kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi status di akaun Facebook (FB) miliknya.

Status itu dimuat naik Najib susulan kenyataan Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik mengenai cadangan skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Terdahulu, semalam Maszlee mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut IPT diteruskan.

Menerusi kenyataan itu beliau berkata, ia menepati apa yang dijanjikan sebelum

MOHAMAD Sabu ketika merasmikan Konvensyen AMANAH di Hotel Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.