Belajar bahasa Orang Asli

Harian Metro - - Setempat -

Penantian panjang lima tahun akhirnya bernoktah apabila filem lakonannya, Tujuh menemui penonton sejak Rabu lalu.

Memainkan watak Suri, insan naif dan lemah lembut hingga menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan ‘syaitan’ ternyata mencabar kemampuan Marsha Milan.

Menurut anak jati Tamparuli, Sabah itu, paling tidak dapat dilupakan dia menjayakan babak aksi di atas kren.

“Saya terpaksa naik kren untuk babak terhumban ke dalam gaung. Bayangkan ketika itu saya berada pada ketinggian menyamai 10 tingkat bangunan.

“Saya tidak tahu pun ada pelakon lagak ngeri dan dari awal lagi memang kru mahu saya lakukannya sendiri supaya ia nampak nyata.

“Banyak kali juga ulang babak itu apatah lagi saya gayat dengan ketinggian. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Memang sangat mencabar,” katanya.

Selain Marsha, filem seram triller itu turut dibintangi Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Riz Armin, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Deedee Nash dan Christina Suzanne.

Tambah penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali itu, antara cabaran lain yang perlu dilalui adalah mempelajari bahasa Orang Asli.

“Filem ini mengambil kira banyak aspek. Sebelum menjalani penggambaran saya masuk kelas khas untuk belajar bahasa Orang Asli bersama Wan Hanafi Su yang membawa watak Tok Batin yang juga bapa Suri.

“Sebelum ke lokasi penggambaran, kami mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty. Filem ini sangat menitikberatkan persediaan sebelum penggambaran. Secara keseluruhan, saya memberikan komitmen hampir empat bulan sehingga proses penggambaran selesai,” katanya yang menjalani penggambaran filem terbabit di Cameron Highlands, Pahang.

Demi memastikan filem terbabit berjaya diterjemahkan dengan baik, Marsha melawan segala perasaan takut dan bimbang yang bersarang di tangkai hatinya demi mendapatkan hasil terbaik.

“Saya penakut orangnya. Kalau menonton filem seram, saya mesti tutup mata.

“Jadi, untuk filem ini memang saya reda dan ber­

SOLEKAN DANDANAN RAMBUT PAKAIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.