Harian Metro

Harap Khai dapat jernih isu

-

Baru-baru ini Cik Pang menghadiri majlis rumah terbuka seorang teman rapat sempena sambutan Deepavali.

Dalam keasyikan menjamu selera, sempat rakan Cik Pang berkongsi luahan hatinya mengenai penyanyi lelaki popular Khai Bahar.

Kata rakan Cik Pang, Khai sudah pandai ‘demand’ sejak menang trofi popular apabila enggan menerima sagu hati sebaliknya meletakkan bayaran.

Ujar rakan itu, ada teman baiknya di sebuah syarikat pelanconga­n menawarkan pakej percutian kepada Khai ke sebuah negara Asia bersama peminatnya.

Menurut rakan Cik

Pang, awal perbincang­an Khai berminat menjalin kerjasama dengan jumlah sagu hati ditetapkan.

Bagaimanap­un, apabila perbincang­an semula dibuat selepas

Khai menang anugerah penyanyi lelaki popular itu terus meletakkan bayaran sekiranya mahu menjalin kerjasama.

Rakan kepada teman Cik Pang itu terkejut dengan keputusan Khai. Mengikut perbincang­an sebelum itu, syarikat terbabit akan menaja Khai sepenuhnya sepanjang percutian itu.

Cuma, Khai diminta membuat publisiti di media sosialnya dengan mengajak peminat menyertai pakej percutian itu.

Setahu Cik Pang, segala urusan membabitka­n selebriti bertaraf popular seperti Khai semestinya diselia oleh syarikat pengurusan bakatnya.

Justeru, sesuatu keputusan dibuat itu bukan datangnya daripada Khai seorang sebaliknya hasil perbincang­an dengan pihak pengurusan­nya juga.

Pada Cik Pang, lebih baik perkara sebegini dijawab Khai sendiri atau pihak pengurusan­nya kerana itu yang terbaik.

Bukan apa, biasalah selebriti kalau sudah popular semestinya bersedia menghadapi segala gosip atau cerita sensasi.

Cik Pang pun bukansuka sangat dengar cerita sebelah pihak saja dan sebaiknya Khai menjawab isu ini supaya yang keruh dapat dijernihka­n dengan penjelasan berhemah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia