Harian Metro

Tak rancang bersara

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Lakonan sudah jadi sebahagian daripada hidupnya selepas hampir dua dekad berkecimpu­ng dalam bidang itu.

Oleh kerana itu, Datuk Aaron Aziz, 42, tiada perancanga­n untuk bersara ketika ini.

“Saya meminati bidang lakonan sejak dulu lagi dan ia tidak dapat dipisahkan.

“Cuma, kini saya lebih memilih kerana mementingk­an kualiti dan kepuasan dalam lakonan.

“Apa pun, saya tidak kisah sama ada watak ditawarkan itu utama atau sekadar pembantu kerana yang penting ada kelainan dalam lakonan,” katanya.

Sebagai pelakon berpengala­man, Aaron turut gembira melihat perkembang­an positif industri perfileman tanah air ketika ini.

“Alhamdulil­lah, industri filem kita sudah naik semula. Contohnya, filem Paskal yang mendapat sambutan hangat di pawagam.

“Walaupun tidak berlakon dalam filem ini, saya gembira membaca komen penonton. Kalau ada rezeki, saya berharap ditawarkan projek filem sedemikian,” katanya.

Perkembang­an lain, Aaron baru selesai penggambar­an drama bersiri Jodoh Jodoh Anissa terbitan Global Station dan drama Meet The MP musim kedua di Singapura.

Pertaruh Operasi X

Setelah sekian lama, Aaron kembali dengan filem aksi Operasi X yang menjengah pawagam tanah air sejak 1 November lalu.

Dalam filem arahan Sandosh Kesavan itu, Aaron berganding dengan pelakon hebat Datuk Awie, Datuk

Aaron kini lebih memilih, pentingkan kualiti dan kepuasan

dalam lakonan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia