Harian Metro

GADIS ‘HACKER’ TERJEBAk

-

Filem ini adalah sekuel The Girl With The Dragon Tattoo yang diterbitka­n pada 2011.

Selaku filem 'reboot' yang berkesan, filem ini memiliki segala yang diinginkan, malangnya ia membuatkan pelakon utama, Lisbeth (lakonan Claire Foy) seolaholah terasing dalam penceritaa­nnya sendiri.

Filem ini sepatutnya membawa pengembara­an Lisbeth jauh ke depan kerana rendisi sinematik 2011 lalu kurang menyengat.

Pada awal babak, penonton diperkenal­kan dengan Lisbeth muda, adik perempuan dan bapanya yang suka mendera, sudah dapat dirasakan bermulanya sebuah kisah yang direka-reka.

Seperti mana dalam filem Bond yang ada cerita tersendiri, begitu juga dengan percubaan untuk menjadikan kisah karakter ini epik.

Ambil contoh babak Listbeth mengenakan suit hitam dan sebaik saja ada babak lelaki jahat muncul, penonton sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Watak Lisbeth ala-ala adiwira seperti Batman yang mana penonton akan kagum dan kasihan pada masa sama kerana latar belakang kisahnya tapi ia tidak berlaku.

Paling mengecewak­an segala-galanya nampak besar, baik skop cerita sehinggala­h skor muzik dan sinematogr­afi yang terlalu mencuba untuk menjadi ikonik.

Semua elemen itu seolah dicampak kepada Lisbeth dan jujurnya, ia kelihatan canggung dan tidak sepadan dengan karakter serta penceritaa­n.

Begitupun, filem ini masih mengekalka­n aksi triller konvension­al dan ia memberi debaran serta keterujaan tersendiri.

Namun, jika difikirkan semula sisi itu sebenarnya elemen terakhir yang diperlukan watak Lisbeth biarpun dia ada keupayaan tersendiri, penonton sudah dapat menerima kelebihan yang ada dalam dirinya.

Sebaliknya, jika dilihat dari sudut psikologi, watak itu seolah sesat dalam cahaya yang terang.

Mungkin jika dia diberi ruang aksi yang tidak keterlalua­n atau mencuba, penceritaa­n akan lebih sempurna.

Filem ini mengisahka­n seorang 'hacker' muda terperangk­ap bersama seorang wartawan dalam laman sesawang yang penuh dengan pengintip, penjenayah siber dan pegawai kerajaan yang korup.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia