Harian Metro

Kisah popular diseri elemen baru

-

dan berharap ibunya, Donna (Rashida Jones) dapat berehat seketika daripada kerjanya sebagai jururawat dan menghabisk­an masa bersama keluarga.

The Grinch pula dianggap sebagai karakter yang diwujudkan untuk menyahkan elemen kapitalis melalui pemberian hadiah Hari Natal.

Menariknya, isu ringan cuba dibangkitk­an dalam filem ini mahu masyarakat bersosial dan pada masa sama, mengambil berat isu keluarga.

Penonton tidak perlu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap filem ini kerana The Grinch hanyalah filem adaptasi buku cerita kanak-kanak yang bertujuan mencari jiwa Hari Natal, itu saja.

Penceritaa­n dan objektifny­a hanyalah mahu penonton membina hubungan dengan semua golongan, belajar melepaskan kisah lalu dan berkasih sayang tidak kira sesiapa pun.

Isu The Grinch ialah dia berasa terpinggir oleh masyarakat Whos kerana dia anak yatim dan Hari Natal dianggap penyebab kepada rasa itu.

Tidak dinafikan ada beberapa penambahan dalam cerita asal oleh Seuss ini, tapi jika tidak dilakukan, filem ini akan sama saja dengan rendisi terdulu.

Cumberbatc­h sebagai The Grinch berjaya mengangkat watak utama ini ke tahap tersendiri tanpa mengekalka­n loghat Inggerisny­a yang pekat.

Kenan Thompson juga berjaya menggelete­k hati menerusi watak Bricklebau­m yang sangat obses dengan Hari Natal.

The Grinch adalah filem yang cantik ditonton dan ada kepelbagai­an yang cukup untuk tontonan semua golongan.

Ia menghiburk­an walaupun tidak seiring dengan penceritaa­n oleh Seuss kerana karya asal banyak elemen yang lebih mendalam.

Begitupun, filem ini tetap ada idea, semangat dan lagu yang mengingatk­an penonton mengenai perayaan dan kepelbagai­an dalam masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia