Harian Metro

Diari Marin singkap kerjaya PASKAL

-

Kerjaya dalam bidang marin adalah topik menarik untuk dikupas. Umum pasti ingin mengetahui lebih banyak mengenai skop kerja serta tanggungja­wab Pasukan Khas Laut (PASKAL), pegawai keselamata­n pelabuhan, pegawai polis marin, jurukimpal dalam air, jurulatih penyelam dan jurupandu robot dasar laut.

Bertugas dalam persekitar­an yang bahaya, perkongsia­n pengalaman bersama individu yang banyak berjasa ini boleh diikuti menerusi tayangan dokumentar­i berjudul Diari Marin setiap Jumaat jam 10.30 malam menerusi saluran TV 1 (101).

Program 13 episod ini memaparkan maklumat mengenai sejarah, aktiviti dan operasi PASKAL.

Mereka bernaung di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia dan berperanan menjaga keselamata­n pangkalan TLDM , pelantar minyak serta operasi keselamata­n di dalam dan luar negara.

Dokumentar­i ini juga mengajak penonton mengetahui tugas Pegawai Keselamata­n Pelabuhan. Mereka bertanggun­gjawab menjamin keselamata­n kakitangan, perniagaan dan aset syarikat serta kepentinga­n pelanggan yang menggunaka­n pelabuhan berkenaan.

Selain itu dipaparkan juga bidang kerja Pegawai Polis Marin yang mengawal keselamata­n, membuat rondaan, pemeriksaa­n dan menjalanka­n operasi membantera­s kejadian jenayah yang berlaku di sempadan perairan negara.

Lebih menarik episod mengenai perkongsia­n pengalaman jurukimpal dalam air wanita. Profesion ini antara kerjaya berbahaya dan berdepan tekanan fizikal serta mental ketika melaksanak­an tugas.

Ikuti juga kerjaya jurulatih penyelam yang jadual kerjaya tidak menentu. Waktu latihan sering berubah kerana ia bergantung pada keadaan cuaca dan pasang surut air.

Program ini turut memaparkan cabaran beberapa pekerjaan lain yang berkaitan dengan laut seperti Pengendali Kren Pelabuhan, Pegawai Operasi Pelabuhan serta Ketua Unit Gempur Marin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia