Harian Metro

Otak Depp ‘mendidih’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pelakon tersohor Johnny Depp dikhuatiri merosakkan otaknya kerana sering menghabisk­an masa lama dalam sauna.

Portal E News melaporkan bintang berusia 55 tahun itu terlalu menjiwai wataknya sebagai Kapten Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean.

Pada satu acara barubaru ini, Depp memberitah­u peminat dia pernah menaikkan suhu sauna hingga ke tahap maksimum.

Menurut Depp, Kapten Jack menghabisk­an sebahagian besar kehidupann­ya di laut dan banyak terdedah dengan cuaca panas melampau.

“Saya akan duduk dalam sauna selama yang boleh. Saya hanya akan keluar apabila badan rasa sangat panas hingga tidak tertahan, begitu juga otak saya,” katanya.

Ujar Depp, tahap kepanasan itu membolehka­n dia membuat gaya berjalan di atas kapal.

“Apabila berada dalam kepanasan seperti itu, saya tidak boleh duduk diam. Namun, ia lebih teruk sekiranya bergerak.

“Jadi, situasi itu seakanakan buat otak Kapten Jack 'mendidih' apabila suhu terlalu panas,” katanya.

Pendedahan pelakon itu sekali gus mengundang pelbagai andaian bagi menjelaska­n sikap peliknya sejak beberapa tahun lalu.

Malah, beberapa bulan lalu, Depp semakin kurus hingga ada peminat mendakwa pelakon itu sakit.

Bagaimanap­un, sumber terdekat memberi jaminan pelakon itu dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Medical News Today mengingatk­an orang ramai supaya tidak menghabisk­an masa terlalu lama dalam sauna kerana ia boleh menyebabka­n dehidrasi melampau, tekanan darah rendah dan kematian mengejut.

Habis masa lama dalam sauna untuk jiwai watak

Kapten Jack Sparrow

 ??  ??
 ??  ?? DEPP kini kelihatan kurus dan cengkung.
DEPP kini kelihatan kurus dan cengkung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia