CABARAN

Harian Metro - - Vroom -

Peserta wanita ungguli MediaCorp Subaru Car Challenge

Menurut Analiza, selama empat hari dia bertarung dengan kurang tidur, lapar dan dahaga serta cuaca tidak menentu namun ia satu usaha dan pengorbanan berbaloi.

“Sebelum ini saya berada di tempat kedua sebanyak dua kali dan edisi kali ini saya fokus serta bertekad untuk muncul juara memenangi SUV Subaru XV,” katanya.

Tempat kedua dimenangi peserta dari Thailand, Phraitoon Sanguannam, 33,

(75 jam dan 17 minit) manakala tempat ketiga milik Mazlinah Ahmad, 53, dari Singapura (74 jam dan 35 minit).

Peserta Malaysia paling lama bertahan dijuarai

Mohd Faizal Mohd Nor yang mencatat masa 70 jam and 48 minit.

Dalam cabaran MediaCorp Subaru Car Challenge peserta diberi rehat selama lima minit untuk setiap enam jam dan penyertaan mereka terbatal jika mandi atau bercukur di lokasi acara, menggunakan sebarang produk perapian, menggunakan kekerasan fizikal terhadap peserta lain, membuang air sebelum tempoh rehat atau tapak tangan terkeluar daripada pelekat disediakan.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah ialah Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan Tan Chong International Limited, Glenn Tan; Ketua Pemasaran Serantau Motor Image Enterprises, Vincent Goi dan Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Irene Lim.

SERAMAI 400 peserta menyertai acara tahun ke-17 ini.

WAKIL dari Malaysia.

ANALIZA dan anaknya bersama Tan (kanan) dan Lim (kiri).

PESERTA perlu meletakkan tangan kanan ke pelekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.