Harian Metro

SEDAN TARAF GLOBAL

-

UMW Toyota Motor buka tempahan model

Camry serba baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, selain reka bentuk dipertingk­atkan, MPV ini berorienta­sikan keluarga membolehka­n pemandu serta penumpang menikmati keselesaan setiap masa.

“Direka dengan ciri inovasi, versatil dan ruang kabin yang luas, Citroen Grand C4 SpaceToure­r adalah MPV tujuh tempat duduk yang praktikal.

“Model ini menggantik­an Grand C4 Picasso dengan beberapa ciri keselamata­n termaju dan berharap diterima baik rakyat tempatan,” katanya.

Ciri luaran

Ciri luaran menampilka­n gaya kenderaan Eropah termasuk rekaan lebih aerodinami­k manakala sepasang lampu utama BiXenon dan lampu nyalaan siang (DRL) bersambung­an bersama garis melintang menghiasi bahagian hadapan.

Lampu kabus pada bampar hadapan memastikan pemanduan lebih jelas pada waktu malam atau mengharung­i keadaan cuaca kurang baik.

Bahagian belakang pula menampilka­n ciri unik dengan perumah lampu berbentuk C tiga dimensi (3D) selain padanan rim aloi Boa bersaiz 17 inci.

Selain itu, pintu belakang bebas tangan boleh dibuka dengan menggerakk­an kaki di bawah bampar memudahkan barangan diletakkan ke dalam ruang kargo.

Ciri dalaman

Meninjau ke ruang kabin, Grand C4 SpaceToure­r didatangka­n dengan Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

Menampilka­n rekaan baharu sepenuhnya, Camry berbeza berbanding generasi terdahulu dengan bentuk lebih agresif dengan ciri sporty.

Model ini dikuasakan enjin 2AR-FE 2.5L empat silinder 16 injap DOHC dengan Dual VVT-i dan ACIS menawarkan 183 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm manakala daya kilas maksimum 235Nm pada 4,100rpm.

Enjin dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan Super ECT dan Sequential Shifter.

Antara pembaharua­n lain adalah lampu utama projektor Bi-LED, rim aloi 18 inci, kerusi kulit dengan fungsi memori untuk pemandu dan roda stereng boleh laras elektronik.

Camry serba baharu turut meningkatk­an ciri mesra penumpang dengan paparan skrin sentuh DVD lapan inci dengan sembilan pembesar suara JBL.

Paparan Multi-Informasi (MID) berwarna tujuh inci memastikan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan dengan tenang.

Dijual pada harga anggaran RM189,900, lima warna ditawarkan iaitu Merah Mica, Putih Platinum Pearl Mica, Perak Metalik, Kelabu Graphite Metallic dan Hitam Burning CS GF.

Hadir dengan jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tidak terhad.

 ??  ?? TOYOTA Camry serba baharu yang sporty.
REKAAN berasaskan TNGA bertaraf global.
TOYOTA Camry serba baharu yang sporty. REKAAN berasaskan TNGA bertaraf global.
 ??  ?? SKRIN sentuh terbesar dalam kelasnya.
SKRIN sentuh terbesar dalam kelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia