MPV ORIENTASI KELUARGA

Harian Metro - - Vroom -

kombinasi kemasan premium Ambien Hype Grey manakala papan pemuka menempatkan paparan HD bersaiz 12 inci bersama skin sentuh tujuh inci.

Sistem pintar ini menawarkan ciri ketersambungan standard Android Auto, Apple Carplay, Mirrorlink dan USB.

Konsol tengah menempatkan brek elektrik automatik, soket 12V dan meja kecil boleh lipat seperti dalam pesawat.

Sebagai kenderaan keluarga, MPV ini menawarkan banyak ruang penyimpanan di bawah lantai, ruang mudah alih sementara tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat untuk memberikan ruang kargo seluas 2,181 liter.

Empat pilihan warna

Dijual pada harga RM149,888 tanpa insurans, empat pilihan warna ditawarkan iaitu Merah Ruby, Biru Lazuli, Hitam Onyx dan Putih Polar.

Untuk tempoh terhad, Grand C4 SpaceTourer hadir dengan tawaran servis percuma selama tiga tahun selain jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 kilometer, bantuan tepi jalan 24 jam dan akses eksklusif ke Sky Lounge di Subang Skypark.

PEMANDANGAN pemandu yang luas.

RUANG dalaman selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.