Harian Metro

PAKSA DIRI MAKAN DURIAN

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Buah tangan yang sering dibawa kakaknya apabila pulang dari Malaysia adalah gula-gula durian. Kali pertama merasa manisan itu, Satoko Nishihama berpendapa­t durian bukanlah makanan yang menarik untuk dicuba.

Mengahwini lelaki yang juga pencinta durian, membuatkan wanita berusia 39 tahun ini ‘terpaksa’ menjamah raja buah berkenaan. Pertama kali menjamah durian segar dari ladang, Satoko mula menggemari buahan tempatan berkenaan. Lagi menarik, setiap kali tiba musim durian, pasangan ini tidak ketinggala­n menyertai bufet durian.

1. Ka li perta ma a nda berkunjung ke Ma la ysia da n tujua nnya ?

Saya datang ke Malaysia buat pertama kalinya pada 2001 kerana menziarahi kakak yang melanjutka­n pengajian peringkat sarjana di universiti tempatan selama dua tahun.

Boleh dikatakan sepanjang tempoh pengajiann­ya, saya kerap berkunjung ke Malaysia tetapi selalunya beberapa hari saja setiap kali bercuti.

Apabila berkahwin pada

2012, saya dan suami berpindah ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu di negara ini.

Pengalaman bekerja di Nepal selama 10 tahun membuatkan saya merancang untuk menetap di negara asing berbanding tanah air sendiri.

Oleh kerana suami memiliki lesen sebagai penjaga, kami lihat ia peluang untuk berkhidmat di Malaysia. Tambahan pula, ramai warga Jepun yang bersara memilih menghabisk­an masa emas mereka di sini.

2. S eja uh ma na pengeta hua n a nda mengena i Ma la ysia sebelum ini?

Saya mengenali Malaysia menerusi teman sepengajia­n kakak yang berasal dari negara ini menyambung pelajaran di Jepun.

Melalui teman itu, saya dapat berasakan makanan Malaysia banyak dipengaruh­i elemen kelapa kerana pernah dijamu hidangan sate dan kuah kacang.

Apabila menziarahi kakak di Malaysia, saya berkesempa­tan

Sejak berpindah, Satoko tiada pilihan kerana suaminya penggemar

raja buah

berkunjung ke destinasi menarik seperti Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) dan berpeluang menikmati keseronoka­n meniti laluan kanopi di sana.

Saya juga berpeluang bercuti ke Pulau Redang yang memiliki pantai dan laut yang sangat indah.

3. Ca ba ra n ya ng a nda la lui sepa nja ng bera da di Ma la ysia ?

Sebenarnya saya tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang berada di Malaysia kerana fasiliti dan infrastruk­tur yang disediakan seperti di tanah air sendiri.

Cuma saya adalah individu yang gemar berjalan untuk ke lokasi berdekatan, malah ia menjadi amalan sewaktu berada di Nepal, tapi di Malaysia kemudahan untuk pejalan kaki agak terhad.

4. Penga la ma n mena rik ingin dikongsika n sepa nja ng bera da di Ma la ysia ?

Saya berasa mudah dan gembira dalam memikul tanggungja­wab sebagai ibu sepanjang berada di Malaysia kerana penduduk di sini lebih mesra kanak-kanak dan ibu mengandung.

Setiap kali saya bersama anak ke pasar raya, pasti ada individu baik hati tolong bukakan pintu, malah memberikan tempat duduk ketika menaiki pengangkut­an awam. Mungkin ia adalah perbuatan normal buat rakyat Malaysia, namun saya sangat menyukainy­a.

5. Loka si piliha n a nda ?

Pulau Pinang kerana saya dan suami pernah menetap di sana selama setahun pada awal kedatangan kami ke Malaysia.

Meskipun Pulau Pinang adalah pulau kecil, ia mempunyai tarikan tersendiri apabila di bahagian timur lebih membangun, manakala di barat pula kaya dengan kehijauan dan alam semula jadi.

6. S a jia n kegema ra n a nda ?

Durian adalah kegemaran saya, selain roti canai, char kuetiau dan mi kari kepala ikan.

7. Ma la ysia pa da ma ta a nda ?

Memiliki ramai teman tempatan membuatkan saya dan keluarga semakin menyenangi kehidupan di sini, malah merancang untuk tinggal lebih lama tetapi ia bergantung pada pekerjaan suami serta kesihatan keluarga di Jepun.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
Nama: Satoko Nishihama Lahir: 10 September 1979 Asal: Fukuoka, Jepun Kerjaya: Suri rumah Kediaman:
Damansara, Selangor MEMBESARKA­N anak di Malaysia.
FOTO: PROFIL Nama: Satoko Nishihama Lahir: 10 September 1979 Asal: Fukuoka, Jepun Kerjaya: Suri rumah Kediaman: Damansara, Selangor MEMBESARKA­N anak di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia