Harian Metro

Bertaraf dunia

-

Master (40 tahun ke atas) dan Wanita Terbuka.

Kategori Endu RIDE membabitka­n kayuhan santai Lelaki Junior

(bawah 19 tahun), Lelaki Terbuka (20-34 tahun), Lelaki Master (35-45 tahun), Lelaki Senior Master (46 tahun ke atas) dan Wanita Terbuka.

Peserta yang berjaya melengkapk­an kayuhan dalam masa ditetapkan menerima sijil penyertaan dan pingat ‘Finisher’ atau berjaya tamatkan kayuhan, manakala 50 peserta dengan catatan masa terbaik akan menerima sijil catatan masa dan trofi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya berusaha menjadikan acara berbasikal itu sebagai bertaraf antarabang­sa sejak tiga tahun lalu dengan sentiasa menambah baik sistem penganjura­nnya bagi membolehka­n ia mencapai kualiti dunia.

“Kami gembira apabila mendapat penyertaan dari luar negara kian meningkat sejak penganjura­n tahun lalu. Malah, peserta yang datang dari luar negara juga bukan calang-calang kerana rata-ratanya adalah penunggang profesiona­l.

“Ini membuktika­n acara berbasikal walaupun dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi setanding dengan acara berbasikal lain yang ternama,” katanya.

Katanya, acara kayuhan itu juga selaras dengan usaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan dan pihaknya komited melaksanak­an pelbagai program berbasikal yang kini menjadi trend belia, selain mendapat sambutan pelbagai peringkat usia.

Shah Alam Internatio­nal Ride juga antara produk pelanconga­n sukan diperkenal­kan MBSA selain pertanding­an berbasikal kriterium dan kayuhan santai dijalankan pada sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam yang diadakan setiap dua minggu sekali serta pelbagai kempen kesedaran.

“Menerusi pelbagai acara berbasikal ini, kami mahu memperkena­lkan gaya hidup sihat dengan aktiviti fizikal. Ia bersesuaia­n dengan usaha MBSA mempromosi­kan laluan basikal yang sudah diwujudkan di beberapa laluan awam bagi menggalakk­an aktiviti berbasikal dengan selamat dalam kalangan warga Shah Alam,” katanya.

 ??  ?? ACARA berbasik al MBSA tarik penyertaan antarabang­sa.
ACARA berbasik al MBSA tarik penyertaan antarabang­sa.
 ??  ?? PESERTA k ayuhan dilepask an di Pusat Konvensyen SetiaAlam sebelum berk ayuh sejauh 130k m .
PESERTA k ayuhan dilepask an di Pusat Konvensyen SetiaAlam sebelum berk ayuh sejauh 130k m .
 ??  ?? KAMARUDZAM­AN (duadari k iri) m enyam paik an hadiah k epada pem enang.
KAMARUDZAM­AN (duadari k iri) m enyam paik an hadiah k epada pem enang.
 ??  ?? SEORANG peserta teruja m enam atk an kayuhan.
SEORANG peserta teruja m enam atk an kayuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia