Harian Metro

Penuhi impian Korea anda

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

AirAsia X tawar penerbanga­n ke Seoul 18, Busan enam dan Jeju empat kali seminggu dengan harga menarik

Penangan drama Korea (KDrama) tidak saja membuatkan jiwa penonton berdebar juga secara tidak langsung menjadikan Korea Selatan sebagai destinasi pelanconga­n pilihan peminat K-pop.

Kalau sebelum ini drama Winter Sonata menjadi fenomena hingga menjadikan Pulau Nami lokasi kunjungan ramai, kini makin banyak drama Korea diminati kerana lokasi menarik yang menjadi latar cerita.

Antaranya Goblin (Guardian: The Lonely and Great God) yang sangat popular awal tahun lalu. Panorama indah saat Goblin lakonan Gong Yoo memberikan jambangan bunga soba kepada bakal isterinya, membuatkan ramai melonjak ingin ke Jumunjin Breakwater di Gangneung.

Percikan air laut memukul benteng Jumunjin Breakwater sungguh menggetark­an jiwa penonton hingga ingin merasai sendiri saat romantis itu. Jumunjin Breakwater hanya mengambil masa empat jam perjalanan dari Seoul.

Lokasi popular lain ialah Sky Garden di Yongpyong Resort iaitu resort pertama di Korea yang diliputi salji bukan saja cantik di skrin televisyen tetapi tentunya lebih mempesonak­an jika berkunjung sendiri ke sana.

Beranjak ke Pulau Jeju, pemandanga­n indah The Seaes Hotel and Resort, yang menjadi lokasi penggambar­an drama Secret Garden & Boys Over Flowers, Seongsan Ilchulbong untuk drama My Girl dan Teddy Bear Museum di Jungmun bagi drama Princess Hours.

Melihat matahari terbit di Seongsan Ilchulbong atau popular dengan nama ‘Sunrise Peak’, Seopjikogi dengan teluk yang cantik serta Air Terjun Jeongbang iaitu satusatuny­a air terjun di Asia yang jatuh terus ke permukaan laut, pasti memukau pandangan.

Menjengah ke Busan, kunjungan ke Perkampung­an Gamcheon yang dikenali sebagai Machu Picchu Korea, Jambatan Yeongdodae­gyo iaitu jambatan gantung yang pertama di Busan dan pantai popular di Korea, Pantai Haeundae pasti menjanjika­n kenangan terindah.

Lokasi pembikinan video klip artis terkemuka Korea juga kini menjadi destinasi pelanconga­n di negara itu. Satu yang mencuri hati peminat K-Muzik ini ialah stesen bas yang menjadi lokasi dan penggambar­an kulit album kumpulan BTS menerusi lagu You Never Walk Alone dan klip videonya.

Industri fesyen atau KFashion turut menjadi kegilaan penggemar fesyen.

Dalam lakonan mahupun nyanyian, mereka mengetenga­hkan pelbagai fesyen terkini yang nyata berjaya menarik perhatian. Secara tidak langsung, ia menaikkan industri fesyen di negara itu.

Justeru, saat berada di Korea, kunjungan ke lokasi beli-belah popular seperti Common Ground dan Garosugil di Gangnam pasti tidak mengecewak­an anda yang inginkan rekaan fesyen terkini daripada pereka tempatan.

Pusat beli-belah Myeongdong, Lotte Department Store’s Main Branch dan Ewha Woman’s University Shopping Street, antara lokasi wajib untuk peminat KBeauty yang sukakan produk kosmetik dan penjagaan wajah.

Ke mana pun destinasi yang dikunjungi, makanan dan kafe di negara itu nyata sesuatu yang perlu dirasai dan dikunjungi.

Antara sajian yang menjadi pilihan jika ke Korea sudah tentu kimchi atau kobis bunga diperap dengan cili kisar resipi Korea, bulgogi iaitu hidangan daging popular di Korea, dakdoritan­g atau ayam berkuah pedas dan mulnaengmy­eon iaitu mi sejuk yang dimakan ketika musim panas di sana.

Bagi penggemar kopi pula, kedai kopi (coffee house) seperti Dal.Komm Coffee, Caffee Bene dan A Twosome Place tempat yang wajib dituju untuk menikmati keenakan kopi di samping menghayati dekorasi kafe yang dihias indah.

Justeru, bagi anda peminat K-Drama, K-Muzik, K-Fashion, K-Beauty dan K-Food, AirAsia X menawarkan penerbanga­n ke Seoul 18 kali seminggu, Busan enam kali seminggu dan Jeju empat kali seminggu dengan tawaran harga menarik.

Jadikan impian mengunjung­i Korea satu kenyataan.

 ??  ??
 ??  ?? PERKAMPUNG­AN Gam cheon janji pengalam an m engujak an.
PERKAMPUNG­AN Gam cheon janji pengalam an m engujak an.
 ??  ?? BERGAMBAR ala dram a Goblin di Jum un jin Break water bagaik an satu k ewajipan saat berk un jun g k e situ.
BERGAMBAR ala dram a Goblin di Jum un jin Break water bagaik an satu k ewajipan saat berk un jun g k e situ.
 ??  ?? COMMON Groun d syurga m em beli-belah un tuk rek aan fesyen terk in i daripada perek a tem patan .
COMMON Groun d syurga m em beli-belah un tuk rek aan fesyen terk in i daripada perek a tem patan .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia