Gayat susuri Zoji La Pass

Harian Metro - - Setempat - DARI MUKA 42

Purata ketinggian di Leh yang sekitar 3,400 hingga 3,500 meter dari aras laut, dikelilingi gunungganang dan padang pasir tandus, dengan sedikit tumbuhan hijau, sangat pantas menyebabkan serangan mabuk gunung atau ketidakselesaan akut pergunungan (AMS).

Rupa-rupanya sakit kepala yang dialami penulis ketika mula mendarat di Lapangan Terbang Kushok Bakula Rinpoche adalah tanda awal yang membawa kepada impak yang lebih besar kepada penulis sepanjang berada di Leh, termasuklah ‘bermalam’ di Hospital Memorial Sonam Norbu S.N.M.

LEH-KARGIL

Selepas semua selamat kembali ke Leh, kami tidak berehat lama. Keesokan pagi kami terus berkemas dan meninggalkan Leh menuju Srinagar.

Dua kenderaan SUV menunggu kami di padang polo berdekatan hostel. Perjalanan lancar menyusuri jalan berliku di gurun tandus di Banjaran Ladakh.

Kami dijadualkan berhenti dan bermalam di Kargil, sebuah bandar kecil 250 kilometer (km) dari

Leh sebelum meneruskan perjalanan ke Srinagar. Perjalanan ke Kargil ini mengambil masa sembilan jam.

Kira-kira jam 5 petang kami tiba di Kargil dan terus menuju ke Hotel Ashiyana yang terletak di tengah pekan Kargil di Kargil Main Bazaar Road.

Kami tiada masalah mendapatkan makanan halal di sini kerana 99 peratus penduduk Kargil beragama Islam. Mengikut rancangan asal kami akan berehat di Kargil semalam saja, dan dua malam di Srinagar sebelum kembali ke Delhi.

Bagaimanapun kami terima berita yang mengatakan jalan masuk ke Srinagar ditutup kerana sehari selepas kami tiba di Kargil, satu keputusan mahkamah mengenai isu pemilikan tanah di negeri Jammu Kashmir akan diumumkan, dan dikhabarkan bakal berlaku beberapa siri bantahan dan semua premis perniagaan ditutup.

Penutupan ini adalah perkara biasa untuk mengelakkan sebarang kekecohan setiap kali timbul isu-isu tertentu di sini. Tindakan awal kami dalam situasi begini adalah membeli beberapa botol

MELEPASI Zoji La Pass, lebuh raya paling bahaya di India, untuk tiba di Srinagar dari Leh.

DERETAN sampan indah dihias berwarna-warni menanti penumpang yang mahu merentasi Tasik Dal.

PEKAN Kargil terletak di sepanjang Sungai Suru.

KARGIL umpama pekan koboi cuma terletak beberapa kilometer dari sempadan Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.