Kanser hati dan hepatitis

Harian Metro - - Setempat - Aniza Zainudin anizazainudin@hmetro.com.my

Karsinoma hepatoselular (HCC) atau barah hati disenaraikan sebagai kanser kelima utama yang sering menyerang kaum lelaki di Malaysia.

Dikategorikan sebagai pembunuh senyap, laporan Daftar Kanser Kebangsaan, Kementerian Kesihatan (KKM), baru-baru ini membuktikan apabila menyatakan hanya 201 daripada 4,085 pesakit kanser hati hidup bagi tempoh 2007 hingga 2016.

Pengarah Perubatan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Murallitharan Munisamy berkata, lelaki lebih terdedah kepada kanser hati kerana pengambilan alkohol dan makanan berisiko.

“Semua jenis virus hepatitis boleh mendatangkan risiko kanser sama ada virus hepatitis A, B mahupun C. Namun lazimnya, kanser hati berlaku disebabkan jangkitan hepatitis B ataupun C.

“Hepatitis A tersebar melalui pemakanan dan memberi kesan minimum terhadap kesihatan, tidak terlalu berisiko mengakibatkan kanser.

“Penyebaran hepatitis A berlaku apabila lelaki lebih bersikap tidak mengambil berat pemilihan tempat makan terutama warung tidak bersih berbanding wanita. Perkara inilah antara faktor yang mendorong kepada kadar hepatitis tinggi dalam kalangan lelaki.

“Secara global, kanser hati terjadi disebabkan hepatitis C. Hepatitis B memang ada, namun hubung kait antara hepatitis C dan kanser hati lebih kuat.

Dr Murallitharan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.